Wednesday, December 22, 2010

Orang Palestin, Israel dan si Petani

Suatu petang, tiga orang lelaki berjalan-jalan ditepi pantai. Tiba-tiba mereka terjumpa satu teko antik dan mereka mengosoknya.Tiba-tiba keluarlah jin dan akan mengabulkan 3 permintaan. Oleh kerana mereka bertiga, maka jin hanya akan mengabulkan satu sahaja permintaan setiap seorang.
Orang Iran berkata :
“Saya adalah seorang petani biasa, begitu juga ayah dan anak saya. Oleh sebab itu, saya ingin minta supaya tanaman kami sentisa subur selamanya.”
Dalam sekejap mata, jin tersebut menunaikan permintaan orang pertam tersebut.
Orang Israel :
“Saya ingin kamu membina satu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang di sekeliling Israel sehingga tidak ada sesuatu dan seseorangpun lebih-lebih lagi orang Palestin menembusinya.”
Dan dalam sekejap mata pula terbinalah tembok seperti yang diinginkannya.
Maka yang terakhir adalah orang Palestin :
“Saya ingin tahu, tembok yang macammana kamu bina untuk orang israel itu?”
Jin :
”Oh, itu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang mengelilingi Israel. Tingginya 100 meter dan tebalnya 50 meter. Saya jamin, takkan ada sesuatupun dapat menumbusinya.”
Orang Palestin :
“oooooo”
Jin :
“Jadi sekarang, apakah permintaanmu?”
Dengan selamba Orang Palestine tersebut membuat permintaan :
”Tolong isi air penuh kedalam tembok orang israel”

Wednesday, December 15, 2010

Kisah si Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama:
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.
Kedua:
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga:
Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat:
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Wednesday, December 8, 2010

MENGGAPAI CINTA ILLAHI

Cinta adalah suatu hal yang kebanyakan manusia akan berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Cinta adalah sesuatu yang disenangi oleh jiwa. Mendapatkan cinta kasih dari makhluk adalah menyenangkan, apalagi jika cinta itu datang dari Sang Pencipta.
Cinta Allah kepada hamba-Nya merupakan perkara yang luar biasa dan besar, karunia yang melimpah dan tiada bisa diketahui nilainya, kecuali oleh orang yang telah mencapai ma’rifat akan Allah.Jika seorang hamba mengetahui begitu luar biasanya arti cinta Allah kepada hamba-Nya, pastilah ia akan segera mencari jalan untuk menggapai cinta agung tersebut.Inilah tiga hal di antara beberapa hal yang dapat ditempuh seorang hamba untuk mendapatkan cinta dari Allah.
Tadabbur Terhadap Al-Quran
Salah satu amalan yang sangat besar nilainya untuk mendapatkan cinta dari Allah adalah membaca Al-Quran sambil merenungkan dan memahami makna serta maksudnya.Allah berfirman,
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, yang di dalamnya penuh dengan berkah, supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya, dan supaya mendapatkan pelajaran bagi orang-orang yang mau menggunakan akalnya.” (Shaad: 19)
Amalan ini mempunyai tujuan yang agung dan sangat penting. Tujuan dari tadabbur Al-Quran adalah agar hati seorang hamba senantiasa disibukkan dengan merenungi arti dari kalimat yang dibaca, dan dengan indra yang dimiliki, ia menjawab setiap ayat yang dibaca. Pada setiap ayat yang sesuai, ia berdoa, memohon ampunan, rahmat, serta memohon perlindungan dari siksa pedih di akhirat kelak.Tiada suatu amalan yang lebih bermanfaat daripada membaca Al-Quran dengan tadabbur dan tafakkur. Karena yang demikian ini telah mencakup seluruh aktivitas mendekatkan diri kepada Allah. Amalan ini mampu melahirkan cinta, rasa takut dan pengharapan, serta seluruh hal yang mengakibatkan hidupnya hati. Seandainya orang-orang mengetahui manfaat yang terkandung di dalam amalan ini, maka pastilah mereka akan terus-menerus membaca Al-Quran dengan tadabbur dan melupakan aktivitas yang lain.Membaca satu ayat dengan tadabbur dan memahami maknanya adalah lebih baik, jika dibandingkan dengan mengkhatamkan Al-Quran tanpa memahami maknanya. Yang pertama lebih bermanfaat bagi hati, lebih efektif dalam menggapai keimanan dan mereguk manisnya Al-Quran. Inilah amalan rutin para ulama salaf.
Amalan Fardhu Kemudian Sunnah
Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah setelah yang fardhu merupakan jalan pula untuk mendapatkan cinta dari Allah.Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang untuknya. Tidaklah hamba-Ku bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan yang lebih Aku cintai daripada amalan yang Aku fardhukan kepada mereka. Dan hamba-Ku senantiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah, hingga Aku mencintai mereka…”(Riwayat Al-Bukhari)
Ibnu Taimiyah berkata bahwa wali Allah yang benar-benar wali adalah mereka yang beriman dan bertaqwa. Sebagaimana firman Allah,
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.” (Yunus: 62-63)
Hadits di atas mengandung kesimpulan bahwa yang menyebabkan didapatinya cinta Allah itu karena melaksanakan dua perkara. Pertama, melaksanakan segala yang telah difardhukan oleh-Nya. Sedangkan kedua, mendekatkan diri kepada-Nya dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang telah disunnahkan oleh Rasul-Nya. Allah juga mengabarkan bahwa melaksanakan amalan fardhu itu adalah lebih Dia cintai.Hamba yang dicintai Allah itu senantiasa memperbanyak amalan-amalan sunnah, sehingga derajatnya meningkat menjadi kekasih Allah. Jika hamba tersebut telah menjadi kekasih Allah, maka kecintaan Allah kepadanya mengakibatkan lahirnya cinta baru kepadanya yang lebih besar dari cinta yang pertama.
Dzikir
Cara lain untuk menggapai cinta Allah adalah dengan terus-menerus berdzikir kepada-Nya dalam berbagai keadaan.Ibnu Rajab dalam Ikhtiyarul Ula mengatakan bahwa amalan yang dapat mengantarkan seorang hamba kepada kecintaan Allah, yang sekaligus merupakan tanda-tanda bagi hamba yang mencintai-Nya adalah memperbanyak dzikir dengan hati maupun lisan.Allah berfirman,
“Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung.” (Al-Jumuah: 10)
Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebutkan dzikir sebagai penyerta amal-amal salih, misalnya salat, puasa, salat Jumat, haji, dan jihad.Dzikir kepada Allah ada beberapa macam, di antaranya adalah mengingat serta memuji Allah dengan menggunakan nama-Nya serta sifat-sifat mulia lainnya yang melekat pada-Nya, membaca tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan tamjid, kemudian juga mengingat Allah dengan menyebutkan hukum, perintah, serta berbagai larangan-Nya.
Tiga amal salih di atas merupakan amal-amal agung yang ampuh untuk meraih cinta dari-Nya. Walaupun tampak ringan, namun tidak mudah untuk dilakukan kecuali bagi orang yang Allah mudahkan. Sebaik-baik amal salih adalah yang kontinyu, walaupun terasa sedikit. Dan hendaknya begitulah tiga amal ini dilaksanakan, agar kita senantiasa mendapatkan cinta dari Allah.
(Abu Ukasyah)
Sumber: Di Bawah Naungan Cinta. Abdul Hadi Hasan Wahbi. Pustaka Azzam

Tuesday, December 7, 2010

Cerita Motivasi TEntang SABAR

Seorang penasehat spesialis bedah jantung dan urat nadi di rumah sakit al-Malik Khalid di Riyadh “Prof. Dr. Khalid al-Jubair ” menceritakan sebuah seminar dengan tajuk Asbab Mansiah (Sebab-Sebab yang Terlupakan). Mari sejenak kita perhatikan bersama kisah tersebut. Dokter tersebut berkata:
Pada suatu hari, (hari Selasa) aku melakukan operasi pada seorang anak berusia 2,5 tahun. Pada hari Rabu, anak tersebut berada di ruang ICU dalam keadaan segar dan sehat.
dan Pada hari Kamis pukul 11.15 -aku tidak melupakan waktu itu karena pentingnya kejadian tersebut- tiba tiba salah seorang perawat mengabariku bahwa jantung dan pernafasan anak tersebut berhenti bekerja. Maka akupun bertindak cepat untuk menangani anak tersebut , kemudian aku lakukan proses kejut jantung yang berlangsung selama 45 menit. Selama itu jantungnya tidak berfungsi, namun setelah itu Allah ‘Azza wa Jalla menentukan agar jantungnya kembali berfungsi. Kamipun memuji Allah ‘Azza wa Jalla.
setelahitu aku pergi untuk mengabarkan keadaannya kepada keluarganya, sebagaimana anda ketahui betapa sulitnya untuk mengabarkan keadaan pasien kepada keluarganya jika ternyata keadaannya memburuk. Ini adalah hal tersulit yang harus dihadapi oleh seorang dokter. Akan tetapi ini adalah sebuah keharusan. Akupun bertanya tentang ayah si anak, tetapi aku tidak mendapatinya. Aku hanya mendapati ibunya, lalu aku katakan kepadanya: “Penyebab berhentinya jantung putramu dari fungsinya adalah akibat pendarahan yang ada pada pangkal tenggorokan dan kami tidak mengetahui penyebabnya. Aku kira otaknya telah mati.” Coba tebak, kira-kira apa jawaban ibu tersebut? Apakah dia berteriak? Apakah dia histeris? Apakah dia berkata: “Engkaulah penyebabnya!”
Dia tidak berbicara apapun dari semua itu bahkan dia berkata: “Alhamdulillah” Kemudian dia meninggalkanku dan pergi. Sepuluh hari kemudian , mulailah sang anak bergerak gerak. Kamipun memuji Allah ‘Azza wa Jalla serta menyampaikan sebuah kabar gembira , yaitu bahwa keadaan otaknya telah berfungsi.
Pada hari ke-12, jantungnya kembali berhenti bekerja disebabkan oleh pendarahan tersebut. Kamipun melakukan proses kejut jantung selama 45 menit, dan jantungnya tidak bergerak. Maka akupun mengatakan kepada ibunya: “Kali ini menurutku tidak ada harapan lagi.” Maka dia berkata: “Alhamdulillah, ya Allah jika dalam kesembuhannya ada kebaikan, maka sembuhkanlah dia wahai Rabbi.”
Maka dengan memuji Allah, jantungnya kembali berfungsi, akan tetapi setelah itu jantung kembali berhenti sampai 6 kali hingga dengan ketentuan Allah spesialis THT berhasil menghentikan pendarahan tersebut, dan jantungnya kembali berfungsi.
3,5 bulan kemudian , anak tersebut dalam keadaan koma, tidak bergerak. Kemudian setiap kali dia mulai bergerak dia terkena semacam pembengkakan bernanah aneh yang besar di kepalanya, yang aku tidak pernah melihat semisalnya sebelumnya. Maka kami katakan kepada sang ibu bahwa putra anda akan meninggal. Jika dia bisa selamat dari kegagalan jantung yang berulang-ulang, maka dia tidak akan bisa selamat dengan adanya semacam pembengkakan di kepalanya. Maka sang ibu berkata: “Alhamdulillah.” Kemudian meninggalkanku dan pergi. Setelah itu, kami melakukan usaha untuk merubah keadaan segera dengan melakukan operasi otak dan urat syaraf serta berusaha untuk menyembuhkan sang anak. Tiga minggu kemudian, dengan karunia Allah ‘Azza wa Jalla dia tersembuhkan dari pembengkakan tersebut, akan tetapi dia belum bergerak.
Dua minggu kemudian, darahnya terkena racun aneh yang menjadikan suhunya 41,20C. Maka kukatakan kepada ibunya: “Sesungguhnya otak putra ibu berada dalam bahaya besar, saya kira tidak ada harapan sembuh.” Maka dia berkata dengan penuh kesabaran dan keyakinan: “Alhamdulillah, ya Allah, jika pada kesembuhannya terdapat kebaikan, maka sembuhkanlah dia.”
Setelah aku kabarkan kepada ibu anak tersebut tentang keadaan putranya yang terbaring di atas ranjang nomor 5, aku pergi ke pasien lain yang terbaring di ranjang nomor 6 untuk menganalisanya. Tiba tiba ibu pasien nomor 6 tersebut menangis histeris seraya berkata: “Wahai dokter, kemari, wahai dokter suhu badannya 37,60C, dia akan mati…, dia akan mati…”. Maka kukatakan kepadanya dengan penuh heran: “Lihatlah ibu anak yang terbaring di ranjang no 5, suhu badannya 410C sementara dia bersabar dan memuji Allah.” Maka berkatalah ibu pasien no.6 tentang ibu tersebut: “Wanita itu tidak waras dan tidak sadar.”
mendengar pernyataan ibu tersebut , aku jadi teringat sebuah hadits Rasulullah Sholallahu ‘alihi wasallam yang indah lagi agung: ”Beruntunglah orang-orang yang asing.” Sebuah kalimat yang terdiri dari dua kata, akan tetapi keduanya menggoncangkan ummat. Selama 23 tahun bekerja di rumah sakit aku belum pernah melihat dalam hidupku orang sabar seperti ibu ini kecuali dua orang saja.
beberapa waktu kemudian , ia mengalami gagal ginjal, maka kami katakan kepada sang ibu: “Tidak ada harapan kali ini, dia tidak akan selamat.” Maka dia menjawab dengan sabar dan bertawakkal kepada Allah:
“Alhamdulillah.” Seraya meninggalkanku seperti biasa dan pergi.
Sekarang kami memasuki minggu terakhir dari bulan keempat, dan anak tersebut telah tersembuhkan dari keracunan. Kemudian saat memasuki bulan kelima, dia terserang penyakit aneh yang aku sendiri belum pernah melihatnya selama hidupku, radang ganas pada selaput pembungkus jantung di sekitar dada yang mencakup tulang-tulang dada dan seluruh daerah di sekitarnya. Di mana keadaan ini memaksaku untuk membuka dadanya dan terpaksa menjadikan jantungnya dalam keadaan terbuka. Sekiranya kami mengganti alat bantu, anda akan melihat jantungnya berdenyut di hadapan anda.
dalam kondisi anak nya yang seperti ini aku berkata kepada sang ibu: “Sudah, yang ini tidak mungkin disembuhkan lagi, aku tidak berharap. Keadaannya semakin gawat.” Diapun berkata: “Alhamdulillah.” Sebagaimana kebiasaannya, tanpa berkata apapun selainnya. Kemudian berlalulah 6,5 bulan, anak tersebut keluar dari ruang operasi dalam keadaan tidak berbicara, melihat, mendengar, bergerak dan tertawa. Sementara dadanya dalam keadaan terbuka yang memungkinkan bagi anda untuk melihat jantungnya berdenyut dihadapan anda, dan ibunyalah yang membantu mengganti alat-alat bantu di jantung putranya dengan penuh sabar dan berharap pahala.
Apakah anda tahu apa yang terjadi setelah itu
Sebelum kukabarkan kepada anda, apakah yang anda kira dari keselamatan anak tersebut yang telah melalui segala macam ujian berat, hal gawat, rasa sakit dan beberapa penyakit yang aneh dan kompeks? Menurut anda kira-kira apa yang akan dilakukan oleh sang ibu yang sabar terhadap sang putra di hadapannya yang berada di ambang kubur itu? Kondisi yang dia tidak punya apa-apa kecuali hanya berdo’a dan merendahkan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla.
Tahukah anda apa yang terjadi terhadap anak yang mungkin bagi anda untuk melihat jantungnya berdenyut di hadapan anda 2,5 bulan kemudian?
Anak tersebut telah sembuh dengan sempurna karena rahmat Allah ‘Azza wa Jalla sebagai balasan bagi seorang ibu yang shalihah tersebut. Sekarang anak tersebut telah berlari dan dapat menyusul ibunya dengan kedua kakinya, seakan-akan tidak ada sesuatupun yang pernah menimpanya. Dia telah kembali seperti sedia kala, dalam keadaan sembuh dan sehat. Kisah ini tidaklah berhenti sampai di sini, apa yang membuatku menangis bukanlah ini, yang membuatku menangis adalah apa yang terjadi kemudian:
Satu setengah tahun setelah anak titu keluar dari rumah sakit, salah seorang kawan di bagian operasi mengabarkan kepadaku bahwa ada seorang laki-laki beserta istri bersama dua orang anak ingin melihat anda. Maka kukatakan kepadanya: “Siapakah mereka?” Dia menjawab, “Tidak mengenal mereka.”
Akupun pergi untuk melihat mereka, ternyata mereka adalah ayah dan ibu dari anak yang dulu kami operasi. Umurnya sekarang 5 tahun seperti bunga dalam keadaan sehat, seakan-akan tidak pernah terkena apapun, dan juga bersama mereka seorang bayi berumur 4 bulan.
Aku pun menyambut mereka denagn ramah , dan bertanya kepada sang ayah dengan canda tentang bayi baru yang digendong oleh ibunya, apakah dia anak yang ke-13 atau 14? Diapun melihat kepadaku dengan senyuman aneh, kemudian dia berkata: “Ini adalah anak kedua, sedang anak pertama adalah anak yang dulu anda operasi, dia adalah anak pertama yang datang kepada kami setelah 17 tahun mandul. Setelah kami diberi rizki dengannya, dia tertimpa penyakit seperti yang telah anda ketahui sendiri.”
mendengar hal itu Aku tidak mampu menguasai jiwaku, kedua mataku penuh dengan linangan air mata. Tanpa sadar aku menyeret laki-laki tersebut dengan tangannya kemudian aku masukkan ke dalam ruanganku dan bertanya tentang istrinya. Kukatakan kepadanya: “Siapakah istrimu yang mampu bersabar dengan penuh kesabaran atas putranya yang baru datang setelah 17 tahun mandul? Haruslah hatinya bukan hati yang gersang, bahkan hati yang subur dengan keimanan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla.
Tahukah anda apa yang dia katakan?
Diamlah bersamaku wahai saudara-saudariku, terutama kepada anda wahai saudari-saudari yang mulia, cukuplah anda bisa berbangga pada zaman ini ada seorang wanita muslimah yang seperti dia.
Bapak itu berkata: “Aku menikahi wanita tersebut 19 tahun yang lalu, sejak itu dia tidak pernah meninggalkan shalat tahajud kecuali dengan udzur syar’i. Aku tidak pernah menyaksikannya berghibah (menggunjing), namimah (adu domba), tidak juga dusta. Jika aku keluar dari rumah atau aku pulang ke rumah, dia membukakan pintu untukku, mendo’akanku, menyambutku, serta melakukan tugas-tugasnya dengan segenap kecintaan, tanggung jawab, akhlak dan kasih sayang.”
Sang suami menyempurnakan ceritanya dengan berkata: “Wahai dokter, dengan segenap akhlak dan kasih sayang yang dia berikan kepadaku, aku tidak mampu untuk membuka satu mataku terhadapnya karena malu.”
Maka kukatakan kepadanya: “wanita seperti dia berhak mendapatkan perlakuan darimu seperti itu.”
*************-----------****************
Saudara-saudariku sekalian, ketahuilah bahwa beriman kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan segenap keimanan dan tawakkal kepada-Nya dengan sepenuhnya, serta beramal shalih adalah perkara yang mengokohkan seorang muslim saat dalam kesusahan, dan ujian. Kesabaran yang demikian adalah taufik dan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman yang artinya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 155-157).
Barakallahufikum..semoga bermanfaat
Wassalam

SABAR itu INDAH

Renungilah firman ALLAH Taala
:Ertinya:Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.
:Al-Ma'arij-5

Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu,apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu?Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan ALLAH...
DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yangtelah ditentukan ALLAH..Dengan itu hati menjadi sabar,tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersusah hati.Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihanSabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibahBila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu..Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya..Dia menuju pintu kebahagian..Kebaikan ada dalam kesabaran..Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala

Monday, October 18, 2010

Saturday, September 18, 2010

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

you are my foreve rlove


Your friendship and love,
And all the wonderful things
That they bring into my life,
Are like nothing else
I have ever known.
My heart is complete
With the love we share,
And our love grows more
Beautiful each day.
I love you,
And as long as we are together,
I have everything I need.
You are with me always...
In a smile, a memory, a feeling
Or a moment we share.
You will always be
My Forever Love

Sunday, August 8, 2010

apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi

Pengenalan

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.


child abandonmen

Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:

  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
Perubatan

  • Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
  • Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
    • Kehilangan darah
    • Jangkitan kuman
    • Kecederaan sewaktu bersalin

Psikologi dan sosial

  • Murung
  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa bersalah
  • Resah atau gelisah
  • Masalah emosi dan hubungan interpersonal

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?

Elakkan kehamilan jika anda belum:
  • Berkahwin
  • Bersedia membesarkan anak
  • Bersedia membina keluarga. Lihat seks sebelum berkahwin

Semua agama utama di Malaysia

  • Melarang seks sebelum kahwin
  • Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin

  • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
  • Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
  • Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin

  • Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baikchild abandonment
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
  • Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
    • Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
    • Dapatkan bantuan jika anda hamil
    • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
  • Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
    • Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
    • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:

  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:

  • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
  • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:

  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Sunday, August 1, 2010

Friday, June 18, 2010

ERTI SENYUMAN 1


Senyum..Merupakan lukisan rahsia hati..Tersirat seribu satu misteri..Yang sukar untuk diungkap..Senyuman yang terukir..Cantik dipandang..Sejuk hati melihat..Namun senyum yang diberi..Adakalanya palsu..Cuba menutup kesedihan dan kekesalan di hati..Kadang-kadang sering aku terfikir..Sejauh manakah ikhlasnya senyuman yang diberi..?

ERTI SENYUMAN

'Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman'
Begitulah bait-bait lirik dalam sebuah lagu nasyid dendangan kumpulan Raihan. Lagu ini mempunyai lirik yang cukup indah untuk dihayati ke dalam kehidupan seharian kita.Senyum itu indah. Senyum itu sedekah. Senyum itu iman.Tiada apa yang susah untuk menguntum sebuah senyuman? Sekadar menguntum senyum, berganda pahala yang bakal kita peroleh. Tidak sesekali rasa terhutang budi dalam mendermakannya. Apa hikmah senyuman ini?
Bukan setakat senyuman, malah teguran dengan gurauan yang menambah keakraban. Kekadang, teguran tanpa bahasa seperti mengangkat kening sudah memadai untuk mengatakan ‘hai’.
'Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum, hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyumlah dari hati
Jatuh ke hati'
Kekadang ada rasa cemburu melihat mereka-mereka yang mempunyai senyuman manis dengan susunan gigi yang rapi. Mereka boleh senyum dan dalam masa yang sama ketawa hingga memperlihatkan gigi mereka yang rapi susunannya. Aku yang tak punyai senyuman manis ini kadang-kadang rasa malu untuk menguntum senyuman sebagaimana mereka. Bila aku fikir-fikirkan senyuman itu sebagai ibadah, aku juga tidak mahu ketinggalan dalam melaksanakannya. Biarlah aku terus menguntumkan senyuman aku ini, asalkan orang lain merasa ikhlasnya. Semoga rasa ikhlas itu akan bersinar dengan cahaya yang akan menutup segala kelemahan dalam senyuman aku.Senyum ni pun sebenarnya membawa pelbagai makna. Ada senyuman tawar, tak ada kena mengena dengan tepung tawar tapi sebuah senyuman orang yang berduka. Walau berduka, bibirnya masih setia untuk mengukir sebuah senyuman. Senyumnya ala kadar je sekadar membalas senyuman manis anda.
Ada juga senyum perli, senyuman menyindir. Senyuman begini tak elok tau! Senyuman perli ni agak lain macam sikit tapi kita faham ia bertujuan untuk memperlekehkan kita. Samada memperlekeh untuk tujuan menghina ataupun tujuan bergurau.Senyuman menggoda, senyuman penuh makna dengan harapan untuk mendapat perhatian. Ni lagilah lain macam. Dimulai dengan memandang-mandang diikuti dengan jelingan-jelingan manja kemudian menguntum senyuman yang konon-kononnya macho atau ayu. Kemudian, bermulalah ayat-ayat power. Dengan kata lain, senyuman gatal nak memikat.Sengih juga merupakan senyuman. Sengih ni bolehlah dikategorikan sebagai senyuman mengada-ngada. Tak ada angin, tiba-tiba je senyum. Kadang-kadang kita pun tak faham kenapa dia senyum. Orang yang tersengih ni kita boleh lihat ‘Poker Face’ mereka. Macam lagu Lady Gaga tu.Senyum manis adalah senyuman yang ikhlas datang dari hati. Ia bukan dibuat-buat tapi hadir disertai dengan rasa gembira di dalam hati mahupun dengan tujuan mengembirakan orang lain. Melihat senyuman begini mampu menghilangkan rasa gundah gulana. Mungkin juga mampu melahirkan rasa sayang pada seseorang individu itu.Tapi, sebaik-baik senyum adalah senyuman yang tidak memperlihatkan gigi sebagaimana senyuman Rasulullah S.A.W.
Namun begitu, aku tetap merasa pelik dengan sesetengah orang yang berat untuk melihat senyuman mereka. Adakah akan terhakis bilangan harta mereka bila mereka menguntum senyum? Ada antara mereka yang pernah makan semeja denganku. Ada juga yang pernah berbual semasa bersama menghisap rokok. Paling kurang pun ada antara mereka yang saling berurusan dalam hal-hal pekerjaan diwaktu bekerja. Yang menjadi kepelikkan aku, mengapa mereka seperti tidak menghiraukan kehadiran kita pada waktu-waktu yang lain ketika berselisih?Aku pernah mendengar kata orang tua-tua, jika kita kedekut dengan senyuman, kita akan kurang kawan. Bila mengingati kata-kata itu, aku segera melihat keadaan mereka tadi. Ya benar, mereka memang dikalangan orang-orang yang tidak mempunyai ramai kawan rapat. Mereka hidup dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka jenis orang-orang yang walau tak buat kesalahan pun, orang tetap tak menyenangi mereka. Mungkin boleh dikategori sebagai orang yang sombong dengan senyuman. Dan mungkin, ada golongan-golongan tertentu sahaja yang layak untuk mendapat senyuman dari mereka.Aku pun kembali memuhasabahkan diri.
Ramaikah kawan aku? Cukupkah aku senyum pada kenalan-kenalan aku pada hari ini?
Adakah aku ada membuat orang terasa hati semasa berselisih tadi?
Atau adakah aku memilih-milih orang untuk menguntum senyuman pada hari ini? Semoga aku jauh dari perbuatan sebegini dan semoga aku akan mampu melihat senyuman mereka di lain kali biar sama-sama merasa nikmatnya sebuah senyuman.

Tuesday, June 15, 2010

Do You?

Do you feel me loving you
Do you feel me touching you
Do you feel me wanting you
Do you feel me honestly loving you
But i do have this fear
Fear for loving you
Fear for wanting you
Fear for lossing you
Let me love you the way i do
Let me love you just the way you are
Let me love you where ever you might
And let me love you for the rest of you
Do you feel me loving you?
Do you feel me so close in your heart?
Do you feel me missing you so much?
Do you feel me loving you honestly?
This is what i got left
The only things and feelings that i had for you
This is the only thing that i wanted to
And please dont take it away from me.
Do you feel me loving you?And yes i really do!

WHEN YOU LOVE SOMEONE

You’ll do anything.You’ll do all the crazy things
That you can’t explain.
You’ll fly to the moon,
or reach for the sun
When you love someone.
You’ll deny the truth,
believe the lies.
There will be times that you believe
you can really fly.
But your life has really just begun
when you love someone.
When you love someone and feel it deep inside,
and nothing else could ever change your mind.
When you want someone,
when you need someone,
When you love someone,
you’ll sacrifice.
Give everything you’ve got.
You won’t think twice.
You risk it all.
No matter what the cost
When you love someone.
You’ll fly to the moon
and touch the sun
when you love someone

ABOUT LOVE

To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”,
not “where are you’
but “I’m right here”,
not “how couldyou”
but “I understand”,
not “I wishyou were”,
but “I’m thankful you are.”
To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebodyelse’s “perfect person.”
It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love:
Fall but don’tstumble,
be consistent but not toopersistent,
share and never be unfair,
understand and try not to demand,
and get hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found
where itdoes not truly exist,
nor can it behidden where it truly does.
Love is magic.
The more we hide it,
the moreit shows;
the more you suppress it,the more it grows.

*To My Friends WhoAre…PLAYBOY /GIRL TYPE*
Never say I love if you don’t care
.Never talk about feelings if theyaren’t there.
Never touch a life ifyou mean to break a heart.
Never lookin the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to agirl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.

To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else butit’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are…AFRAID TOCONFESS
Love hurts when you break up withsomeone.
It hurts even more whensomeone breaks up with you.
But lovehurts the most when the person youlove has no idea how you feel.

To My Friends Who Are…STILL HOLDINGON
A sad thing about life is that whenyou meet someone who means a lot toyou,
only to find out in the end thatit was never bound to be and we justhave to let go.
To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly.
The more youchase it, the more it eludes you.
Butif you just let it fly, it would cometo you when you least expect it.
Love can make you happy but often times it hurts, but love’s only special whenyou give it to someone who is worthit. So take your time and choose thebest!
Three things never return:the past, the neglected opportunity,and the spoken word
-Pick from Another Social web

Friday, June 11, 2010

anda kepenatan

Manusia manakah yang tidak pernah merasa penat? Sekiranya ada yang tidak pernah terasa penat, kemungkinan besar dia bukan manusia. Saya berani menyatakan demikian kerana manusia memang telah disifatkan oleh Allah yang Maha Pencipta dengan sifat penat, semenjak daripada kejadian manusia yang pertama.

"sesungguhnya kami telah jadikan manusia dalam kepenatan" (al-Balad;4)
Dalam sesetengah terjemahan, "kabad" di terjemahkan sebagai menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).
Benarlah janji Allah.

Manusia kepenatan dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Pernah dengar ada orang yang penat makan, penat tidur, penat bermain, penat berhibur, penat bekerja dan lain-lain aktiviti yang akhirnya menjadikan seseorang itu penat. Adakah satu aktiviti yang tidak menjadikan sesorang itu penat? Walau seminat mana pun seseorang itu dengan sesuatu aktiviti, dia akan tetap penat. Dia akan perlukan rehat, perlu berhenti daripada aktiviti itu dan memulakan sesuatu aktiviti lain. Cuma satu jalan keluar daripada kepenatan. Mati. Itupun kalau kematian itu kematian yang baik. Jika tidak, akan lebih penatlah lagi.
Persoalannya, apakah yang memenatkan anda? Berbaloikah kepenatan itu? Ke manakah kepenatan itu akan membawa anda?
Berpenatlah dalam perkara yang menjanjikan keamanan di alam yang kekal. Tujuilah kerehatan yang abadi!

Nukilan: Zaizul Azizi @ http://zaizulazizi.wordpress.com/

MENANGISLAH BILA PERLU

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan. Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr: 20) Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang yang berdosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta. Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala." Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya. Ibnu Mas’ud r.a. berkata: " Seorang yang mengenal al Quran dikenali apabila waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lian tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharunya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam lalai, bersuara keras dan pemarah
Tanyailah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur: "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati tu di belakang kami,kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah. Menangisah di sini, sebelum menangis di sana..

Wednesday, June 9, 2010

Akan Kuhantar Kau Ke Bulan Dengan Basikal

Hashim menghantar pandangannya jauh-jauh, melewati sawah sekangkang kera yang diusahakan datuknya. Tidak berapa hari lagi dia akan berangkat meninggalkan kampungnya yang kecil nan permai ini. Satu-satunya kampung kecil yang namanya dicatatkan dalam peta Tanah Melayu cetakan Universiti Oxford, rumah orang-orang intelek di negara atas angin sana. Entah mengapa nama kampungnya tercatit, Hashim juga kurang pasti. Mungkin kerana lokasinya yang terletak pada laluan penting antara dua pekan di bumi kancil mengalahkan anjing ini. Mungkin sahaja penyebabnya ialah cerita-cerita lama yang berunsur tahyul itu. Hikayat yang menyebut sesiapapun yang melintasi kampung ini akan menjadi bisu untuk beberapa waktu. Hingga akhirnya kampung ini mendapat nama Brisu, kononnya bermuasal dari perkataan ‘bisu'. Orang-orang putih, sang penjajah itu mungkin takut amat menjadi bisu, lalu tak berlengah memetakan lokasi kampung kerdil ini dipeta dunianya yang tersohor, agar dapat dihindari sekiranya mungkin. Begitu agaknya.
Apapun, di hati Hashim, angin ketenangan tetap berhembus. Mengelus-elus lembut dan meniup pergi lain-lain keresahan jauh-jauh. Sungguh mengasyikkan.
Setiap malam juga Hashim memasang mimpi yang satu itu. Mimpi yang sama berulang-ulang. Sejak dia mula menginjak kaki ke sekolah hingga ke malam kelmarin. Dan tak berapa ketika lagi mimpi itu akan bertandang ke alam wujud.
Dia akan ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim untuk mengikuti kursus perguruan. Dia akan keluar nanti sebagai seorang guru. Seorang Cikgu!
Ah, bahagianya hati.
Hari ini dia mahu ke rumah Tok Mudim, meminjam basikal Raleigh tua orang tua itu yang sudah bertahun diguna buat ke majlis khatan. Reputasinya sangat meyakinkan hingga dia masih memonopoli kerja ini. Sangat berpengalaman hingga sudah mendewasakan beratus-ratus budak (jika di kira sedari awal penglibatannya dalam urusan potong-memotong ini). Dan termasuk dalam senarai budak-budak itu ialah Hashim sendiri!
Basikal itu mahu dikayuhnya buat melihat sekolah yang paling mungkin dia mencurahkan khidmat baktinya nanti. Sekolah Rendah Simpang Ampat yang terpisah hampir 12 batu setengah dari kampungnya.
Sungguhpun demikian jauh, Hashim berasa tidak apa-apa. Hatinya adalah sumbu ilmu. Darahnya adalah minyak. Keikhlasannya adalah percikan api yang menyalakan sumbu tadi lalu menghasilkan tenaga bakar yang tak kunjung habis. Meski bertambah beberapa puluh kilometer lagi pun dia akan menyanggupinya. Demi yang namanya pendidikan.
Tok Mudim tidak menerima apa-apa tempahan untuk hari ini. Maka basikal tua itu layak dipakai buat ke tempat-tempat selain biasanya dan Hashim akan mengayuh merentasi beberapa buah kampung sebelum tiba ke destinasi lawatan sambil belajarnya itu.
Setelah berbasa-basi dengan Tok Mudim, Hashim pun berhasil meminjam basikal itu buat tunggangannya. Dia memulakan perjalanan dengan senyum berseri.
Jalan tanah merah itu jarang-jarang sekali dilalui kenderaan. Jika ada pun kereta Morris Mini Minor milik Penghulu Dollah dan lori-lori yang mengangkut askar atau menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai koboi sepanjang jalan tersebut.
Hashim menelusuri jalan itu dengan kayuhan-kayuhan penuh semangat. Peluh berkucur hingga baju yang dipakainya basah lencun. Matahari seakan mahu bersaing menunjuk semangat dengan Hashim. Semakin tegak terpacak tekad Hashim, semakin galak matahari menyeringai. Namun Hashim tak mahu kalah kerana ini adalah jalan yang dipilihnya. Sudah sekian lama, sudah jutaan doa terpanjatkan. Sudah hampir dimakbulkan. 12 batu setengah bukan apa!
Hingga dia akhirnya dia sampai di hadapan bangunan kayu yang dipagari dengan kawat berkarat. Sebuah papan usang bertulis Sekolah Simpang Ampat tergantung dihadapan laluan masuk utama(terdapat banyak laluan tidak rasmi yang terbentuk akibat pagar yang sudah reput).
Hari ini hari Ahad. Justeru tiada kelibat yang kelihatan di sekolah. Esok sekolah akan meriah seperti selalu. Dan nanti dia juga akan menyertai kemeriahan itu. Berharap dapat menghangatkannya.
Hashim membiarkan basikal Raleigh tua itu bersandar di pagar buruk sekolah. Dia langsung ke tapak perhimpunan. Naik ke pentas tempat Guru Besar selalu berdiri memberi ucapan. Hashim membayangkan hari pertamanya nanti di sekolah itu. Pasti dia akan diminta memperkenalkan diri dan berkongsi harapan dan cita-citanya. Dia mahu melihat reaksi pada wajah setiap anak Melayu yang bersekolah di situ. Dia juga mahu menyaksikan tindak balas guru-guru lainnya. Dia mahu Guru Besar berbangga menerima guru sepertinya. Dia mahu...
"Tak mahu! Aku kata aku tak mahu!!"
Hashim tersentak. Tiba-tiba terdengar suara nyaring anak kecil dari balik bangunan sekolah. Seolahnya meronta minta dilepaskan. Hashim perlahan-lahan mampir. Di balik bangunan itu dia mendengarkan dialog-dialog berikut:
"Kau bagi semua kuih yang ada dalam bakul kau tu pada aku. Baru aku lepaskan kau hari ni!"
"Tak mahu! Ini kuih mak aku yang suruh jual. Kalau kau ambil apa yang mahu aku katakan pada mak aku? Dia akan bersedih nanti!"
"Aku peduli apa dengan mak kau? Yang penting sekarang aku lapar!"
"Duit jualan kuih ni mak nak buat belanja sekolah untuk adik-adik. Kau tak boleh rampas!"
"Ah...! Persetankan sekolah! Apa yang mereka dapat dengan ke sekolah? Membuang masa sahaja! Dimarahi guru, kerja sekolah begitu banyak, buat itu, buat ini. Lebih baik kau menjadi kuli di ladang, langsung mendapatkan wang. Bagi aku kuih-kuih itu, sekarang!"
Anak yang kelihatan lebih tua itu merengkuh bakul yang tergantung kemas di lipatan siku anak kecil tadi. Mereka bergelut. Si kecil enggan melepaskan bakul dan kuih-kuihnya. Si besar pembuli menggunakan seluruh kudrat lelakinya. Merebut sebakul kuih. Mempertahankan masa depan adik-adiknya. Di puncak pergelutan, bakul tadi terlerai dari pegangan si anak kecil. Kuih-muih di dalamnya melayang-layang di udara sebelum jatuh ke tanah berlumpur.
Terlalu cepat hingga Hashim tidak berpeluang meleraikan pertelingkahan itu.
Melihatkan Hashim datang, si besar segera bubar. Ghaib setelah susup-sasap entah ke mana. Hashim segera mendapatkan si kecil yang sudah dihujani air mata dan esak tangis yang mengharukan. Lututnya berdarah. Bajunya yang sedia lusuh itu dikotori lumpur lagi. Kuih-kuihnya habis bertaburan tidak berupaya diselamatkan lagi.
Hashim habis simpati pada anak kecil ini. Dia meraup wajahnya yang dikotori tanah.
"Sudahlah. Berhenti menangis anakku..."pujuk Hashim sambil mengusap lembut belakang anak kecil itu. Esaknya bertambah. Begitulah anak kecil, bahkan yang dewasa sekalipun. Bila mendapati ada orang yang bersimpati, kita akan habis kuat melepaskan segala rasa sedih di hati. Hashim membiarkan anak kecil itu menangis sepuasnya. Di dalam dakapannya.
Seketika kemudian, tangisnya surut. Tinggal sedu-sedan yang tak tertahankan meski dia kelihatan berusaha menguranginya. Apalah nasib engkau wahai anak kecil.
"Siapa namamu?"
"Ahmad,"
"Ahmad tinggal di mana?"
"Kampung Sungai Sungai Buloh,"
"Mari sini aku hantarkan kau balik, mahu?"
Ahmad mengangguk lemah. Hashim mengambil bakul yang keciciran isinya tadi. Melihatkan bakul itu, Ahmad menangis semula. Hashim terkedu. Dia lalu mengangkat Ahmad duduk di pelantar basikal Tok Mudim. Hashim harus mula berkayuh. Tak lama lagi hujan akan turun. Mendung sudah mula mengambil tempat di dada langit.
Hujan turun.
Mencurah-curah seakan langit kebocaran tak tertampung-tampung. Hashim segera mencari mencari tempat teduh. Dia menemukan pondok kecil di tepi jalan. Mungkin gerai menjual buah-buahan di hari lainnya. Dia menurunkan Ahmad dan duduk di sebelah anak kecil itu. Mereka sama-sama sudah basah.
"Bapamu kerjanya apa ya?"
"Bapak sudah mati."
"Oh, maafkan aku. Innalillahi wainna lillahi raji'un..."
"Lalu sekarang kau tinggal bersama makmu?"
"Ya. Juga dengan adik-adikku yang lain,"
"Berapa orang semuanya?"
"Enam,"
"Termasuk engkau?"
"Terkecuali,"
"Oh,"
Dalam bual-bual itu Hashim mendapat tahu yang Ahmad sedang berusaha keras untuk menunaikan hasrat arwah bapanya yang mahu anak-anaknya bersekolah. Meski mereka keluarga yang susah dari sisi materinya, namun mereka nampak terpenuhkan dengan semangat untuk menjalani kehidupan ini dengan nilai-nilai Islami. Ahmad sangat besar hatinya. Dia sanggup mengorbankan dirinya demi menyara adik-adiknya yang lain untuk bersekolah. Alasan klasik untuk cerita klasik. Dia keluar saban hari mencari pembeli kuih-muih emaknya yang sakit-sakit di rumah.
"Apa kau tidak punya cita-cita untuk ke sekolah, Ahmad?"
Ahmad cepat-cepat berdiri dan memandang tepat Hashim.
"?"
"Aku bahkan mahu bersekolah hingga aku boleh pergi bulan!" Di mata Ahmad seakan-akan terpasang api yang terang-benderang dan penuh tenaga. Bisa dirasakan kehangatannya, menghapus sejuk sejatan air hujan di baju dan badan. Ahmad sangat bersungguh.
Hashim tercengang.
Mimpi apa yang dipasang budak hingusan ini? Pada tahun-tahun darurat ini masing-masing mahu meloloskan diri dengan mencukupkan makan dan pakai. Tidak terfikirkan untuk ke sekolah, apatah lagi mahu ke bulan!?
Hashim cepat sedar semula. Sebagai guru dia mesti menjadi orang yang mendokong impi-impi anak-anak didiknya. Meski bunyinya absurd. Tidak pernah mendengarkan cita-cita seperti itu. Tetapi apa yang dapat membataskan cita-cita manusia?
Hashim tersenyum lebar. Dia sangat gembira seolah baru menemukan sebutir permata mentah yang terbesar di dunia. Permata itu sekarang masih kelihatan kelam, belum berbentuk hebat dan tidak kelihatan mahal. Masih menunggu untuk dicanai. Dan dengan tangannya, dengan kepakarannya, dengan kesungguhannya, Hashim diam-diam memasang tekad untuk menjadikan Ahmad anak muridnya nanti. Biar belanjanya dia tanggung. Biar dia nanti dapat belajar hingga ke menara gading. Dan dari hujung gading itu, dia akan boleh terbang hingga menggapai bulan yang diimpikannya.
Di luar awan hitam sudah bersurai.
Hashim kembali mengangkat Ahmad ke pelantar basikalnya. Senyumnya masih belum putus. Hari ini dia menerima murid pertamanya. Ahmad.
"Ahmad, cikgu akan hantar kau ke bulan dengan basikal ini!"
"?"

Giliran Ahmad pula terpinga-pinga kehairanan. Hashim ketawa gembira. Dia mengayuh basikalnya perlahan-lahan menghampiri kampung Ahmad. Di langit sekarang pelangi sedang bermain-main ceria. Seceria Hashim

PENGAJARAN DARI PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, "hmmm... makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?". Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang Tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!"

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui Sang Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku." Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?" Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular tersebut yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi. Wallahu a'lam.


Tuesday, June 8, 2010

catatan rohani

“Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah,semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit.Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,Sebenarnya jiwamulah yang sempit bukan dunianya.”(Ar-Rafi’i)
Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan hati dan langkah kita dalam kebersamaan di jalan dakwah ini. Semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa terhimpun pada kita.Saudaraku,Kisah orang-orang soleh terdahulu sentiasa menjadi sebutan dek kerana kemantapan jiwa mereka dalam memandang kehidupan dunia.
Suatu hari, Ibrahim An Nakh’I keluar berjalan bersama temannya, seorang yang buta. Setelah lama menyusuri jalan, rakannya yang buta mula bersuara, “Ya Ibrahim, orang-orang yang melihat kita ramai yang menghina kita dengan panggilan itu orang buta, orang pincang.” Orang buta itu seakan-akan tertekan dengan panggilan tersebut. Lalu Ibrahim dengan tenang menjawab, “kenapa engkau begitu terbeban memikirkannya? Jika mereka berdosa kerana menghina kita sedangkan kita mendapat pahala, lalu kenapa?”Fudhail Bin Iyadh, seorang ulama Tabi’in yang cukup terkenal dengan ketakwaannya menceritakan, suatu ketika, saat beliau sedang duduk di masjidil haram, beliau didatangi seseorang yang sedang menangis. Fudhail bertanya, “kenapa engkau menangis?” Lalu orang itu menjawab, “aku kehilangan beberapa dinar yang aku pasti ianya telah dicuri.” Fudhail kembali menyoal, “apakah disebabkan dinar itu sahaja engkau menangis?” Orang tersebut lantas memberi jawapan yang sungguh mengejutkan. “Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu dan aku sangat kasihan akan nasib pencuri itu nanti. Itulah yang membuatkan aku menangis...”Iman seperti apakah yang mereka miliki wahai saudaraku? Ujian dunia langsung tidak melemahkan semangat juang mereka. Mungkin mereka berduka, bersedih, kecewa atau barangkali naik kemarahannya. Namun mereka masih mampu mengawal hati mereka, tetap redha, kekal tenang hasil daripada sikap lapang dada yang mereka miliki. Alangkah indahnya...Saudaraku,Kisah-kisah seperti itu seharusnya membuatkan kita mengerti bahawa jika kita tidak lapang dada dan tidak mudah bersabar, kita pasti akan menjadi orang yang paling menderita di dunia ini. Ini kerana, penderitaan terbesar adalah jiwa yang cepat goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu yang sebenarnya remeh. Persoalan remeh yang kita lihat secara keliru, kemudian mengakibatkan sempitnya dada, kesal hati, murung, dukacita, air mata dendam sehingga waktu rehat terganggu dek kerana fikiran yang berkecamuk.Jika itu yang terjadi, pastinya tiada amal-amal besar yang dapat kita lakukan. Hal ini kerana, amal-amal besar hanya lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang lapang, penuh redha, serta fikiran yang terurus.Itulah sebabnya, Sheikh Mustafa Masyhur mensyaratkan nafasun thawil atau nafas panjang perlu ada pada pejuang-pejuang Islam. Baginya, jalan perjuangan yang panjang tidak akan mampu dilalui oleh orang-orang yang ber ‘nafas pendek’, mudah goyah dan tidak sabar.Dalam perjalanan yang panjang ini,Kita sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka. Syaratnya adalah, kita tahu dan sedar ada matlamat yang lebih besar yang ingin kita capai bersama di hujung perjalanan dakwah ini.Malah, ia lebih penting daripada apa pun peristiwa yang berlaku di dunia ini.Tiada ertinya dan betapa kecilnya kehidupan dan kemewahan di dunia ini apabila kita telah bersedia untuk berjuang memburu redha Allah.Nadu’llah atthabat ‘ala tariqihi..
DISEDIAKAN OLEH:ABDUL HAKIM B ADZMAN
AJK KREKS PEMBINA DHL