Monday, May 31, 2010

Luqman dan 3 pelacur

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa’ura’. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.
Diriwayatkan oleh Sai’id bin Amir, ia berkata: ” Telah bercerita kepada kami, Abu Ja’far, ‘Luqman Al-Habasy’ adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:”Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?” Jawab lelaki itu, “Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu.” “Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!” pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. “Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?” kata Luqman. “Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku,” jawab lelaki calon pembelinya itu. “Jika demikian, aku mahu kamu beli!” kata Luqman.
Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!”
Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, “Bukalah pintu ini!” Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!” Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: “Bukalah pintu ini!” Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.
Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: “Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!” Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, “Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat.” Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata “Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!” Akhirnya dia pun bertaubat.
Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,”Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?” Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.
Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.

HINDARI PENYAKIT DENGAN BERSEDEKAH..

IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.

Kata Ibnu al-Qayyim lagi: Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan. Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.Sebagai bukti kita boleh catatkan semula kisah yang disampaikan Ustaz Sayid Juail. Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini. Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah. Maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yang bermaksud: Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa. Sebenarnya segala aturan kehidupan semua makhluk di dunia ini ditetapkan Allah. Justeru, setiap orang yang beriman sudah sepatutnya untuk tetap melakukan dan berusaha dengan berpegang teguh kepada Allah.

Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun. Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak). Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan – dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.
kredit : hmetro.com.my

saya TAKUT HANTU

Sebuah karangan yang mantap di tulis adik kita di sekolah. Mungkin sekolah rendah
Adakah aku dahulu pun camni ker. :? Tak kut

cerita ayam yang MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tuamenjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a…berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang… O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni… cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak’ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : “Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU”
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA…

Friday, May 28, 2010

Madah Cinta Mimpi

Wahai sayang ku…..
Ujung jarimu ku kucup mesra malam tadi
Arrrghhhhhh...!
Rupa-rupanya aku bermimpi…..!
Salahkah jika aku bermimpi…?

Berganding mesra bersama mu disebuah taman
Lalu mengikat janji asmara dakapan mesra
Sehidup semati hingga keshurga….
Salahkah jika aku bermimpi?

Mengharap cinta mu sepenuh hati dan jiwa-raga
Suka dan duka hidup bersama
Sehingga kehujung dunia…..
Salahkah jika aku bermimpi?

Menyintai diri mu sehingga mati..!

MALAM YANG SUNYI

Di malam yang kian hening
Di tengah dingin yang menusuk kulit
Membuat hati tak bisa bergeming
Menghadapi cobaan yang kian membelit

Di tengah malam yang sunyi
Di kegelapan yang kian sepi
Ku ingin teteskan air mata
Menghadapi kesedihan yang terus menerpa

Tapi kupercaya
Dialah satu-satunya yang Maha Kuasa
Yang bisa menentramkan jiwa
Menenangkan hati yang berduka

Aku tak ragu
Dialah satu-satunya yang Maha Tahu
Selalu terjaga dan tak pernah tertidur
Melindungi hamba-hamba-Nya yang bersyukur

YOU LIGHT UP MY LIFE

Friday, May 21, 2010

kamu seperti bintang..walaupun jauh tapi selalu bersinar

Tuesday, May 18, 2010

LANGGAR POKOK

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

RAHSIA AYAH PIN TERBONGKAR

Kalau korang nak tahu, ayah pin ni boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..
Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapanuntuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dandengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu ‘kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..’ maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin.
Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar danmemerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.
Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapaharga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata ‘kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo’.
Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab ‘kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau’. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya.
Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan keretabarunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ‘ *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)
Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya?suratnya berbunyi bergini…
===Kepada : Ayah Pin
Daripada : Toyol A/l Tolol
Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit
Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.
Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?
Bye dari aku,
ToYol
- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin-
nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol-
jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka!

bila aku sudah tiada- HUJAN


Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku
Jangan di tangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Akulah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

RAHSIAKU MILIKMU

Sekian lamanya ku tunggu
Bersabar berdoa agar ia berlaku
Ko pohon selalu padaMu
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Telah ku curahkan kasihku padamu
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Rahsiaku kini milikmu
Kini milikmu percayalah
Lembutnya membelai wajahku
Jadi indah melakarkan senyuman di bibirku
Impian telah aku temu
Hanya satu yang ku ingini
Tetapkanlah di dalam hati
Mensyukuri kurniaan Illahi
Bila kau perlu aku nanti
Ku kan terus setia di sini
Menemani dikau sepenuh hati
Percayalah

GRANDFATHER'S LETTER

One day, a young man was cleaning out his late grandfather’s belongings when he came across a bright red envelope. Written on the front were the words, “To my grandson.” Recognizing his grandfather’s handwriting, the boy opened the envelope. A letter inside read:
Dear Ronny,
Years ago you came to me for help. You said, “Grandpa, how is it that you’ve accomplished so much in your life? You’re still full of energy, and I’m already tired of struggling. How can I get that same enthusiasm that you’ve got?”
I didn’t know what to say to you then. But knowing my days are numbered, I figure that I owe you an answer. So here is what I believe.
I think a lot of it has to do with how a person looks at things. I call it ‘keeping your eyes wide open.’
First, realize that life is filled with surprises, but many are good ones. If you don’t keep watching for them, you’ll miss half the excitement. Expect to be thrilled once in a while, and you will be.
When you meet up with challenges, welcome them. They’ll leave you wiser, stronger, and more capable than you were the day before. When you make a mistake, be grateful for the things it taught you. Resolve to use that lesson to help you reach your goals.
And always follow the rules. Even the little ones. When you follow the rules, life works. If you think you ever really get by with breaking the rules, you’re only fooling yourself.
It’s also important to decide exactly what you want. Then keep your mind focused on it, and be prepared to receive it.
But be ready to end up in some new places too. As you grow with the years, you’ll be given bigger shoes to fill. So be ready for endings as well as challenging beginnings.
Sometimes we have to be brave enough to move from the familiar to the unfamiliar. Life isn’t just reaching peaks. Part of it is moving from one peak to the next. If you rest too long in between, you might be tempted to quit. Leave the past in the past. Climb the next mountain and enjoy the view.
Dump things that weigh you down emotionally and spiritually. When an old resentment, belief, or attitude becomes heavy, lighten your load. Shed those hurtful attitudes that slow you down and drain your energy.
Remember that your choices will create your successes and your failures. So consider all the pathways ahead, and decide which ones to follow. Then believe in yourself, get up, and get going.
And be sure to take breaks once in a while. They’ll give you a renewed commitment to your dreams and a cheerful, healthy perception of the things that matter the most to you.
Most important of all, never give up on yourself. The person that ends up a winner is the one who resolves to win. Give life everything you’ve got, and life will give its best back to you.
Love always,
Grandpa

KASIH SAYANG SEORANG IBU

Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan anak satu-satunya.Suaminya sudah lama meninggal karena sakit.Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anaknya.Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, berlaga ayam dan banyak lagi.Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, Namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan:
“Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya dia tidak berbuat dosa lagi Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”
Namun semakin lama si anak semakin larut dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering ia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya Suatu hari ia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap.Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung.pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa. dan tepat pada saat loceng berdenting menandakan pukul enam pagi, berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan
“Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”
Dengan tertatih tatih dia mendatangi raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan.Tapi keputusan sudah bulat, anaknya harus menjalani hukuman.Dengan hati hancur, ibu kembali ke rumahnya. Tak hentinya dia berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur karena kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong2 manyaksikan hukuman tersebut .Sang algojo sudah siap dengan pancungnya dan anak sudah pasrah dengan nasibnya.Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya. Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba.Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berdenting. sudah lewat lima minit dan suasana mulai berisik, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan loceng datang.Ia mengaku heran karena sudah sejak tadi dia menarik tali lonceng tapi suara dentangnya tidak ada.Saat mereka semua sedang bingung, tiba2 dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat.Dengan jantung berdebar2 seluruh rakyat menantikan saat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah.Tahukah anda apa yang terjadi?Ternyata di dalam loceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah.dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi,dan sebagai gantinya, kepalanya yang terbentur di dinding lonceng.Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan meneteskan air mata.Sementara si anak meraung raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan.Menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya. Ternyata malam sebelumnya si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung anaknya

Wednesday, May 12, 2010

CINTA LEWAT USIA

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.
* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.
Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
nAtau adakah semua wanita materialistik?
nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. - NOOR HASLIZA NUSI (kosmo online)

TIP ELAK KECURIAN: elakkan membawa beg pouch

HARI ini penjenayah lebih pintar. Ada yang bergerak secara berkumpulan, melakonkan watak berbeza seperti pelancong yang meminta tunjuk arah atau pengemis kanak-HARI ini penjenayah lebih pintar. Ada yang bergerak secara berkumpulan, melakonkan watak berbeza seperti pelancong yang meminta tunjuk arah atau pengemis kanak-kanak, semuanya sebahagian daripada anggota sindiket yang lebih besar. kanak, semuanya sebahagian daripada anggota sindiket yang lebih besar. Sebagai pelancong di negara asing, ada beberapa panduan mudah yang boleh diamalkan bagi mengelak kecurian akibat penyangak. Sekurang-kurangnya, anda dapat berhati-hati dan sentiasa beringat sebelum terkena! Tidak kiralah kembara jauh ke negara sama ada Eropah atau di ceruk Afrika sekali pun, tempat tumpuan awam yang sentiasa sesak seperti hentian bas dan stesen kereta api dan kompleks beli-belah sememangnya adalah tempat penyeluk saku mencari rezeki. Sehinggakan di Malaysia, masjid dan surau terutama di kompleks beli-belah di ibu kota turut tidak terlepas menjadi sasaran golongan itu. Tambahan pula, ia antara tempat utama penyangak untuk berehat sepanjang hari tanpa dikenakan sebarang bayaran. Di kota besar seperti Paris, sindiket ini bergerak dalam kumpulan yang akan menghadang laluan seseorang yang mahu masuk atau keluar dari bas atau kereta api sebelum menarik barang berharga orang yang menjadi sasaran mereka. Selain itu, ada juga kes peragut secara rambang sengaja melanggar anda dan pada masa sama membuka beg atau menarik dompet yang berada di saku seluar atau disimpan dalam beg galas, tanpa anda sedari. Justeru, sentiasa waspada dengan pencopet ketika naik dan turun dari pengangkutan awam kerana ia sebahagian daripada statistik kes harian di mana-mana ibu kota di serata dunia. Ada juga menyarankan supaya tidak membawa beg 'pouch' yang sekadar diletak atas bahu kerana ia adalah sasaran paling mudah untuk terutama jika anda sedang menaiki pengangkutan awam seperti 'tuk tuk' di Thailand dan 'jeepney' Filipina. PERKARA paling mudah adalah menggunakan tali pinggang duit atau 'money belt'. Bersaiz kecil dan nipis tetapi tersimpan dari pemandangan orang ramai, ia ternyata berjaya mengelak daripada masalah kecurian akibat seluk saku atau rompak. Kini, kebanyakan jenama sukan dan gaya hidup aktif juga mengeluarkan 'money belt' sebagai aksesori keselamatan ketika mengembara. Justeru, ia hadir dengan pelbagai saiz dan diperbuat daripada material tahan lasak dan kalis air. Namun, perlu diingat ia hanya perlu digunakan untuk tujuan penyimpanan dokumen penting saja seperti pasport, kad pengenalan diri dan nota wang kertas dengan nilai yang besar. Barang kemas sebaliknya perlu disimpan di peti keselamatan hotel. Seperkara lagi, jangan sesekali meninggalkan 'money belt' di pantai jika anda mahu bersantai di pantai. Sebaliknya, simpan di peti keselamatan hotel atau peti simpanan berbayar yang banyak disediakan di pantai peranginan. Tip untuk wanita, memakai 'money belt' yang sepatutnya melekap di perut boleh menyebabkan anda kelihatan gemuk. Justeru, beli produk bersesuaian dengan tali yang lebih fleksibel atau pusingkan ia supaya berada bahagian belakang badan. Perlu diingat, 'money belt' dipakai di sekeliling pinggang di bawah pakaian. Jangan sesekali membuat perkara bodoh dengan melilit di luar baju. Ia hanya mengundang perhatian daripada pencopet atau peragut
Sebagai seorang muslim, kita telah digesa untuk melakukan kerja dan mencari kelebihan kurniaan Allah s.w.t dimuka bumi ini dengan bersungguh-sungguh bagi menampung segala keperluan hidup. Kita ditegah untuk mengharapkan datangnya rezeki tanpa usaha dan ikhtiar dan hanya semata-mata menyerahkan urusan rezeki atas kurniaan Allah s.w.t, sesungguhnya itu adalah bertentang dengan konsep Ahlul sunnah waljamaah, iaitu perlu ada usaha dan ikhtiar dalam mendapat sesuatu kurniaan Allah s.w.t. Gesaan untuk bekerja ini juga telah dijelaskan dalam banyak ayat Allah s.w.t antaranya :
1. "Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".(Al-A'raaf ayat 10)
2. "Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)masa untuk mencari rezeki". (Al-Anbiyaa' ayat 11)
Perkara penting dalam memahami konsep pekerjaan ialah sesuatu kerja yang dilakukan itu termasuk dalam salah satu cabang ibadat yang jika dilakukan mengikut cara dan bertepatan dengan kehendak syariat, maka ia dinilai sebagai ibadat. Hasil pendapatannya juga akan menjadi halal dan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Sebaliknya, jika berlaku perkara yang berlawanan, maka ia tergolong daripada kerja-kerja yang dilarang dan sudah pasti pendapatannya juga akan menjadi haram atau termasuk dalam kategori subahat (kesamaran/keraguan).Matlamat sesuatu kerja yang Islam gariskan itu adalah jelas iaitu setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah beribadat kepada Allah s.w.t . Apabila kita menjadikan sedemikian, sudah pasti kerja yang kita lakukan akan cemerlang dan terpelihara daripada perbuatan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Ini termasuklah perbuatan menyeleweng,menipu,menyalah guna kuasa,rasuah dan seumpamanya yang menjadi punca kepada kerja yang kita laksanakan tidak mendatangkan hasil yang cemerlang dan sudah pasti tiada keberkatan dalam kerja tersebut.
Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina aisyah r.a :
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang".Hakikat kerja yang kita lakukan adalah berkaitan dengan pendapatan atau gaji. Dari pendapatan inilah kita gunakan untuk menyara ahli keluarga dan menampung segala kuasa kehidupan yang lain. Islam amat menitikberatkan soal pendapatan. Ini kerana ia melibatkan soal makanan harian kita. Mahukah kita jika kehidupan kita sentiasa dilingkari dengan pendapatan yang haram atau subahat?. Pastinya kita tidak mahu. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita berkenaan hasil yang kita perolehi dengan sabdanya :"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya".Riwayat At-Tarmizi
Peringatan ini sewajarnya menjadikan kita lebih berwaspada, semoga amaran ini menjadi pegangan kepada setiap orang Islam. Kita perlu menyedari betapa Islam amat menjaga soal pendapatan dan hasil kerja yang kita lakukan setiap hari.Dewasa ini, ramai di kalangan kita memilih kerjaya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, maka berbagai bentuk perniagaan yang dijalankan, termasuklah perniagaan melalui internet dan sebagainya.Di antara perkara asas untuk menjadikan kerja yang kita lakukan dinilai sebagai ibadat dengan menjana pendapatan yang halal, berkat dan bertepatan dengan kehendak syarak, ianya dijelaskan seperti butiran berikut :
Pertama : Niat untuk melakukan kerja itu mestilah betul.Bila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang perlu ditimbulkan, apakah niat kita apabila menceburkan diri dalam perniagaan tersebut?. Adakah kerana cita-cita yang tinggi untuk menjadi kaya dan beriman kepada Allah atau sebaliknya?.Adakah kita berniaga semata-mata untuk menyayangi rakan kita yang telah mencapai kejayaan dan hidup mewah?. Adakah kita berniaga lantaran kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan walau pun tanpa ilmu perniagaan dan kemahiran dalam bidang tersebut?. Sebenarnya banyak persoalan niat ini yang boleh dipersoalkan. Maka sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan,perlu bertanya apakah tujuan ia berniaga?.
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya dengan bersabda :
"Sesungguhnya segala amal yang dilakukan berdasarkan kepada niat dan sesungguhnya sesuatu amalan itu akan diterima oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada apa yang diniatkan".
Kedua : Kerjaya yang diceburi mestilah diredhai oleh Allah s.w.t mengikut hukum syarak.Perkara yang menjadi sumber pendapatan kita mestilah diredhai Allah s.w.t dan dibenarkan syarak. Sudah semestinya perkara yang melibatkan unsur perjudian, barang yang memabukkan,penyeludupan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum adalah tidak diredhai Allah dan haram di sisi syarak. Oleh yang demikian perkara tersebut perlu dielakkan dan dijauhi.
Ketiga : Pelaksanaan kerja tersebut mestilah betul.Syarat ini adalah melibatkan cara kerja yang kita buat. Walaupun kerja atau perniagaan yang kita ceburi itu adalah yang halal dan sah, namun jika pelaksanaannya tidak betul, sudah pasti hasilnya tidak sah seperti adanya unsur-unsur penipuan dalam pengurusan,unsur riba', perjudian dan seumpamanya. Semua perkara ini termasuk dalam erti kata pelaksanaan yang tidak betul dan tidak telus.
Perkara ke-empat : Tidak meninggalkan perkara asas yang diterima syariat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kerja yang berkat dan sempurna ialah kerja yang sentiasa patuh dengan peraturan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah mengabaikan ibadat asas seperti solat, jika solat diabaikan, maka dengan mudah seseorang itu memandang remeh tentang hak-hak pengeluaran zakat dan pembiayaan sedekah kepada yang sepatutnya, hilangnya maruah dan harga diri dalam soal menjaga aurat,berbagai bentuk pendustaan lagi dan seumpamanya sehingga menjadikan kerja tersebut tiada keberkatan. Seseorang yang melakukan kerja, tetapi meninggalkan solat tidaklah dianggap kerjanya diterima sebagai ibadat. Sebaliknya orang yang bekerja dan berniaga mengikut syariat dengan melakukan kelima-lima syarat tersebut dianggap telah bertakwa, beribadat dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w berpesan dengan sabdanya :
"Sebaik-baik pekerjaan itu ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat dengan sebaik-baiknya". Riwayat Ahmad
Sifat jujur dan ikhlas perlu diutamakan dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja. Kejujuran dan keikhlasan ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain keredaan Allah s.w.t. Perlu diingat bahawa setiap tindakan kita, pasti tidak lari daripada pengawasan Allah s.w.t.
"Dan katakanlah (wahai muhammad): "beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah s.w.t) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".At-Taubat ayat 105

FIKIRKANLAH KALAU TIBA-TIBA ADA SESEORANG HANTAR SURAT MACAM NI UNTUK KALIAN??APA YANG AKAN KALIAN RASA???huhuhu

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?Awak…Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…Awak…Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’Awak…Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…Awak…Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.Awak…Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

RELAKS JAP

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital. abang kene tanduk xpe..Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

RELAKS KAN KEPALA JAP..

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu elora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuanrumah Sukan Komanwel 1998.Sesungguhnya perpisahan itu berpuncadaripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku.Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT,digilis keretapi Komuter malah dihimpap seketul tayar Monorel hingga aku hancur berkecai.Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.
Nak tak?

Tuesday, May 11, 2010

membina kekuatan diri

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang yang paling bertakwa.Aqidah yang mantap ditunjangi oleh iman yang kukuh adalah sumber kekuatan dalaman diri insan. Ia mendorong seseorang untuk berfikir, berusaha, bekerja, beramal ibadat dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh. Ia juga menjadikan seseorang mampu berhadapan dengan sebarang halangan dengan penuh tabah, mampu berdepan dengan apa jua dugaan dengan penuh sabar pasrah. Itulah keajaiban iman.Iman yang terpahat kukuh dalam hati, akan terpancar dalam tingkah laku seseorang. Jika ia bekerja, ia akan melaksanakan kerjanya itu dengan penuh tekun dan bertanggungjawab. Jika ia bercakap, ia yakin dengan apa yang diucapkan. Jika ia beribadat, ia akan menunaikannya dengan penuh ikhlas dan ihsan. Jika ia berjanji, ia akan menunaikan janjinya dengan penuh jujur. Jika ia berjuang, ia tegas dalam perjuangannya.
Firman Allah SWT :"Katakanlah: "Wahai kaumKu, buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang agama Islam yang Aku sampaikan itu), Sesungguhnya Aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh ( untuk mengembangkannya), kamu kelak akan mengetahui. Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya serta akan ditimpakan kepadanya azab yang berkekalan?". (Az-Zumar:39-40)
Membina kekuatan diri yang berpaksikan kepada kekuatan aqidah dan keutuhan iman adalah satu tanggungjawab setiap orang Islam. Kekuatan diri seseorang muslim, menjadikan ia sangat dicintai oleh Allah SWT. Sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyentuh perkara ini :
"Daripada Abi Hurairah r.a bahawasanya ia telah bersabda :Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan pada masing-masing terdapat kebaikan, utamakan apa yang memberi faedah kepada kamu dan mohonlah pertolongan dari Allah dan jangan kamu menjadi lemah. Kalau kamu ditimpa sesuatu janganlah berkata : Kalau aku lakukan begini sudah tentu akan berlaku, tetapi katakanlah : Ia takdir Allah, apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana sesungguhnya perkataan (kalau) membuka pintu perbuatan syaitan". (Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang dibacakan tadi, sudah ada beberapa saranan untuk menjana kekuatan diri :1- Utamakan apa yang memberi faedah kepada diri sendiri, antara contohnya :
Ibadat, ilmu, harta yang halal, pembantu dan sahabat yang baik, keturunan yang soleh, sifat-sifat mahmudah dan banyak lagi. Segala-galanya itu jika diutamakan akan memberikan kekuatan kepada diri seseorang
2- Mohon pertolongan dari Allah. Dalam suasana apa sekalipun Allah SWt mesti dijadikan tempat pergantungan bukannya kepada makhluk Nabi Yaakob r.a pernah melakukannya seperti firman Allah SWT :
"Dan kepada Allah jualah dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu".(Yusuf: 18)
3- Jangan menjadi lemah, kuatkan azam, utuhkan keyakinan dalam menghadapi apa jua suasana dan perubahan.
4- Jangan berlaku begitu begini dalam menghadapi apa jua ujian atau bencana, kerana 'KALAU' tidak akan menghasilkan apa-apa natijah.
5- Jangan memberi laluan kepada syaitan untuk menguasai diri kita, antara caranya ialah sentiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT diri syaitan, banyakkan zikir mengingati Allah SWt kemudian bertawakal kepadaNya.Manusia sebagai makhluk sebaik-baik kejadian, dianggap sebagai penguasa ke atas makhluk lain kiranya dia seorang insan yang baik dan mempunyai kekuatan diri. Sebaliknya dia akan dilaknat dan dihina di langit dan di bumi, malah ia lebih ringan dari debu yang berterbangan, kiranya ia hina dan lemah.Seorang muslim yang kuat, akan dipandang sangat hebat dan perkasa oleh makhluk lain. Oleh itu dia wajib merasakan dengan kekuatan iman dan keyakinan yang ada dalam jiwanya. Nabi Allah Musa a.s yang telah memperlihatkan kekuatan jasmaninya dan juga kekuatan rohani yang dihiasi pula dengan sifat-sifat terpuji, telah menarik perhatian dua orang anak gadis Nabi Allah Syuib a.s, salah seorang mereka telah mencadangkan kepada ayah mereka agar Musa diambil untuk bekerja dengan mereka seperti yang telah disebutkan oleh Al-Quran :" Salah seorang anak Nabi Syuib berkata :
"Wahai ayah, ambillah dia menajdi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". (Al-Qasas: 26)
Jika seseorang muslim itu lemah imannya dan lemah dirinya, nescaya akan dihinggapi penyakit-penyakit lemah yang lain, antaranya :
1- Lemah semangat yang menjadikan dia seorang yang tidak bermaya dalam menjalani kehidupannya.
2- Takut menghadapi cabaran, menjadikan dia seorang yang sentiasa ketinggalan daripada orang lain.
3- Tidak teguh pendirian, mudah tewas dan sentiasa kalah dalam apa jua persaingan.
4- Was-was, tidak tahu menilai mana yang benar dan mana pula yang salah. Tidak berani melaksanakan tuntutan agama iaitu amar maaruf dan nahi mungkar
.5- Bakhil, sentiasa dibayangi perasaan takut kehilangan hartanya jika ingin menderma atau sebagainya.Umat Islam hari ini gagal berperanan sebagai peneraju dunia, mereka gagal berfungsi sebagai pemacu tamadun dunia, sedangkan 800 tahun yang lampau, kedua-dua peranan ini berada di tangan orang Islam. hari ini kita tertinggal dalam bidang ekonomi, sedangkan 2/3 kekayaan bumi berada dalam dunia Islam. Kita ketandusan ilmu, sedangkan dahulu kita adalah pencetus dan pemangkin ilmu. Umat Islam juga tercicir dalam perlumbaan kecanggihan sains dan teknologi. Dalam diri umat Islam wujud berbagai-bagai nilai dan andaian negatif yang tidak selayaknya ada dalam diri muslim yang kuat.Apa sudah jadi dengan umat Islam?, jawapannya tidak lain seperti yang pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW, mereka ditimpa penyakit Al-Wahn - lemah yang menyebabkan mereka sangat sayangkan dunia dan bencikan kematian.Marilah kita merenung kata-kata Sheikh Muhammad Al-Ghazali seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor :
" Di antara cara yang membolehkan seseorang muslim itu menjadi gagah dan kuat ialah dengan menjauhkan diri dari kehidupan maksiat dan berpeleseran, sebaliknya hendaklah membiasakan dirinya dengan kehidupan yang bersih lagi lurus, kerana seorang yang tidak punya kehormatan dan dan maruah diri, orang itu bukanlah orang yang kuat, walaupun ia memakai pakaian hulubalang dan menjadi pengikut Raja".
" (Ingatlah) ketika orang munafik dan orang yang ada penyakit dalam hatinya (merasa ragu) berkata, " mereka (muslimin) itu telah ditipu oleh agama mereka (kerana mereka keluar untuk memerangi kami yang lebih besar bilangannya)". (Hakikatnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sebenar-benarnya), maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfaal:49)
Ya Allah, Engkaulah tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Jesteru kami pohon kehadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

KEJAYAAN VS KEGAGALAN

Kita semua tentu pernah mengalami sebuah kegagalan dalam perjalanan hidup kita. Namun bagaimana kita menghadapi kegagalan itu? Bagaimana membuat sebuah kegagalan dalam hidup sebagai suatu yang indah?Kegagalan atau gagal pasti selalu ada dalam diari kehidupan seluruh umat manusia. Baik seorang pemimpin negara hinggalah kepada anak kecil yang baru belajar sekalipun, pasti pernah mengecap pahitnya kegagalan. Tidak ada yang tak pernah merasakan hal ini, masalahnya adalah bagaimana kita menghadapi dan bersikap dalam menghadapi kegagalan itu.Apakah kegagalan itu akan menjadi pelajaran untuk kita agar ianya tidak berulang kembali serta dapat menjadikan kita insan lebih baik lagi atau ianya akan menenggelamkan kita dalam jurang kepasrahan, keputusasaan dan ketidak mampuan dalam menghadapi hidup yang terus pantas meninggalkan kita?Namun, bersyukurlah jikalau kita selama ini selalu mengecapi manisnya berjaya dalam hidup. Tapi jangan terlalu terlena dengan kejayaan, kerana jika kita tidak berhati-hati kita mungkin akan jatuh ke lembah kegagalan yang menyukarkan untuk kita menerimanya seumur hidup.Sebuah kegagalan adalah suatu perjalanan yang harus kita lalui dan hadapi apabila kita ingin meneguk indahnya suatu kecemerlangan, dan kegagalan merupakan sebuah ujian pada kita agar kita dapat naik ke satu tingkat yang lebih maju dan lebih memahami erti daripada sebuah kecemerlangan yang sesungguhnya.Jangan terlalu kecewa apabila kegagalan yang anda dapatkan, namun semestinya anda harus bersiap-siap kerana kejayaan yang anda inginkan akan segera menghampiri anda dengan penuh kebahagiaan, walaupun kedatangannya agak sedikit tertunda kerana anda dituntut untuk terlebih dahulu mempelajari sikap bagaimana bersabar dalam menerima kedatangan sebuah kejayaan yang anda inginkan selama ini. Dengan kedatangannya yang agak sedikit tertunda, anda akan menjadi lebih dewasa dan lebih menghargai erti sebuah kegagalan dan sebuah kejayaan yang sebenarnya.Allah SWT memberikan kita waktu yang banyak agar kita dapat mempelajari setiap ujian-ujian yang dia berikan untuk kita, agar kita lebih kuat lagi dalam mengharungi kehidupan ini. Ujian yang datang pada kita itu bermacam-macam, ada ujian yang datang dengan yang mudah terlebih dahulu seterusnya agak sedikit berat, dan ada pula yang datang dengan yang sulit terlebih dahulu setelah selesai barulah di berikan ujian yang agak sedikit mudah.Kesulitan ataupun kegagalan yang kita terima adalah sebuah hadiah yang indah dan terbaik untuk kita daripada Allah SWT walaupun dikemas secara tidak baik, namun apabila kita lebih cermat lagi dalam memandang sebuah ujian Allah SWT tersebut kita akan lebih mengerti bahawa sebenarnya Allah SWT sayang kepada kita dengan memberikan berbagai ujian dan dugaan agar kita lebih bijak lagi dalam menjalani kehidupan yang sangatlah singkat ini.Kesabaran dalam menghadapi ujian hidup adalah merupakan kunci daripada sebuah kejayaan yang anda inginkan.Apabila hari ini kita meraih sebuah kejayaan, ada dua keadaan yang akan kita alami. Pertama, melalui kejayaan ini, kita dapat merasakan hasil jerih payah dan kerja keras kita. Di samping itu, kita dapat mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT atas kerja keras kita di jalan yang benar. Kedua, kita harus menyedari bahawa kejayaan ini merupakan kasih sayang Allah SWT dan pada saat yang sama, Allah SWT sedang menguji kita, apakah kita ini termasuk hamba yang bersyukur ataupun hamba yang kufur.Sebaliknya, ketika kita mengalami sebuah kegagalan, juga ada dua keadaan yang akan kita hadapi. Pertama, kegagalan ini merupakan imbalan setimpal daripada pekerjaan buruk yang kita lakukan di dunia, atau merupakan akibat dari kurangnya upaya dan usaha kita. Kedua, kegagalan ini merupakan ujian Allah SWT untuk meningkatkan darjat kesempurnaan kita.Kita mampu mengambil teladan dari kehidupan Nabi Ayyub. Beliau adalah Nabi yang tak melakukan perbuatan dosa, namun mendapatkan ujian dari Allah SWT berupa berbagai kegagalan, antara lain beliau menjadi jatuh miskin dan sakit. Namun, Nabi Ayyub tetap bersabar menghadapi ujian yang berat itu.Kejayaan mahupun kegagalan sesungguhnya merupakan sebahagian dari proses ujian Allah SWT terhadap manusia. Berbahagialah orang yang selalu menjalin hubungan dengan Allah SWT dan menyatakan bahawa tidak ada sesuatu yang sia-sia atau percuma di dunia ini.Janganlah kalian terlalu larut dalam kesedihan kerana kehilangannya kenikmatan, dan janganlah terlalu bahagia ketika mendapatkan kenikmatan. Sebab, adanya kenikmatan dan tidak adanya kenikmatan, keduanya adalah ujian Allah SWT untuk manusia. Akan tetapi hal yang penting dalam pandangan Islam, manusia dengan perbuatannya yang terpuji berupaya mencari keredaan Allah SWT sehingga ia dapat menjalani kehidupan dengan kejayaan yang hakiki di akhirat kelak.
Ada tiga jenis orang di dunia ini,
Pertama,orang bodoh adalah orang yang tidak pernah belajar dari pengalaman kegagalan.
Kedua,orang biasa adalah orang yang belajar dari pengalaman kegagalan sendiri.
Ketiga,orang pintar adalah orang yang belajar dari kegagalan orang lain.

Belajar REDHA

Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,Bila DIA Lambat Makbulkan doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Kemurkaan Nya.Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya ALLAH...

kadang-kadang

kadang-kadang
kita tidak tahu apa yang kita inginkan
apa yang ingin kita katakan
kerana itu semua rahsia kehidupan
kadang-kadang
senyuman menjadi teman
adakala terusik dengan tangisan
sesekali di usik kenangan
namun itulah kehidupan
kadang-kadang
jiwa menjerit kebahagiaan
jiwa meronta kepiluan
jiwa meronta kegembiraan
jiwa merintih kesedihan
itulah kebenaran kehidupan
kadang-kadang
hati inginkan kedamaian
hati rindukan ketenangan
namun dicelahan kehidupan
ada ujian dan dugaan
namun itu semua tiada penyesalan
aku akan teruskan perjuangan
hingga ke detik kemenangan
hanya padaMU YA TUHAN
berikanlah aku kesempatan merasai makna kehidupan
usah tenggelamkan aku dalam kegagalan
terbitkanlah dihatiku semangat keberanian dan perjuangan
kerana aku inginkan kehidupan
yang dikelilingi kebahagian dan kejayaan