Saturday, September 18, 2010

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

you are my foreve rlove


Your friendship and love,
And all the wonderful things
That they bring into my life,
Are like nothing else
I have ever known.
My heart is complete
With the love we share,
And our love grows more
Beautiful each day.
I love you,
And as long as we are together,
I have everything I need.
You are with me always...
In a smile, a memory, a feeling
Or a moment we share.
You will always be
My Forever Love

Sunday, August 8, 2010

apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi

Pengenalan

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.


child abandonmen

Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:

  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
Perubatan

  • Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
  • Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
    • Kehilangan darah
    • Jangkitan kuman
    • Kecederaan sewaktu bersalin

Psikologi dan sosial

  • Murung
  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa bersalah
  • Resah atau gelisah
  • Masalah emosi dan hubungan interpersonal

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?

Elakkan kehamilan jika anda belum:
  • Berkahwin
  • Bersedia membesarkan anak
  • Bersedia membina keluarga. Lihat seks sebelum berkahwin

Semua agama utama di Malaysia

  • Melarang seks sebelum kahwin
  • Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin

  • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
  • Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
  • Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin

  • Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baikchild abandonment
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
  • Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
    • Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
    • Dapatkan bantuan jika anda hamil
    • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
  • Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
    • Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
    • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:

  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:

  • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
  • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:

  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Sunday, August 1, 2010

Friday, June 18, 2010

ERTI SENYUMAN 1


Senyum..Merupakan lukisan rahsia hati..Tersirat seribu satu misteri..Yang sukar untuk diungkap..Senyuman yang terukir..Cantik dipandang..Sejuk hati melihat..Namun senyum yang diberi..Adakalanya palsu..Cuba menutup kesedihan dan kekesalan di hati..Kadang-kadang sering aku terfikir..Sejauh manakah ikhlasnya senyuman yang diberi..?

ERTI SENYUMAN

'Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman'
Begitulah bait-bait lirik dalam sebuah lagu nasyid dendangan kumpulan Raihan. Lagu ini mempunyai lirik yang cukup indah untuk dihayati ke dalam kehidupan seharian kita.Senyum itu indah. Senyum itu sedekah. Senyum itu iman.Tiada apa yang susah untuk menguntum sebuah senyuman? Sekadar menguntum senyum, berganda pahala yang bakal kita peroleh. Tidak sesekali rasa terhutang budi dalam mendermakannya. Apa hikmah senyuman ini?
Bukan setakat senyuman, malah teguran dengan gurauan yang menambah keakraban. Kekadang, teguran tanpa bahasa seperti mengangkat kening sudah memadai untuk mengatakan ‘hai’.
'Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum, hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyumlah dari hati
Jatuh ke hati'
Kekadang ada rasa cemburu melihat mereka-mereka yang mempunyai senyuman manis dengan susunan gigi yang rapi. Mereka boleh senyum dan dalam masa yang sama ketawa hingga memperlihatkan gigi mereka yang rapi susunannya. Aku yang tak punyai senyuman manis ini kadang-kadang rasa malu untuk menguntum senyuman sebagaimana mereka. Bila aku fikir-fikirkan senyuman itu sebagai ibadah, aku juga tidak mahu ketinggalan dalam melaksanakannya. Biarlah aku terus menguntumkan senyuman aku ini, asalkan orang lain merasa ikhlasnya. Semoga rasa ikhlas itu akan bersinar dengan cahaya yang akan menutup segala kelemahan dalam senyuman aku.Senyum ni pun sebenarnya membawa pelbagai makna. Ada senyuman tawar, tak ada kena mengena dengan tepung tawar tapi sebuah senyuman orang yang berduka. Walau berduka, bibirnya masih setia untuk mengukir sebuah senyuman. Senyumnya ala kadar je sekadar membalas senyuman manis anda.
Ada juga senyum perli, senyuman menyindir. Senyuman begini tak elok tau! Senyuman perli ni agak lain macam sikit tapi kita faham ia bertujuan untuk memperlekehkan kita. Samada memperlekeh untuk tujuan menghina ataupun tujuan bergurau.Senyuman menggoda, senyuman penuh makna dengan harapan untuk mendapat perhatian. Ni lagilah lain macam. Dimulai dengan memandang-mandang diikuti dengan jelingan-jelingan manja kemudian menguntum senyuman yang konon-kononnya macho atau ayu. Kemudian, bermulalah ayat-ayat power. Dengan kata lain, senyuman gatal nak memikat.Sengih juga merupakan senyuman. Sengih ni bolehlah dikategorikan sebagai senyuman mengada-ngada. Tak ada angin, tiba-tiba je senyum. Kadang-kadang kita pun tak faham kenapa dia senyum. Orang yang tersengih ni kita boleh lihat ‘Poker Face’ mereka. Macam lagu Lady Gaga tu.Senyum manis adalah senyuman yang ikhlas datang dari hati. Ia bukan dibuat-buat tapi hadir disertai dengan rasa gembira di dalam hati mahupun dengan tujuan mengembirakan orang lain. Melihat senyuman begini mampu menghilangkan rasa gundah gulana. Mungkin juga mampu melahirkan rasa sayang pada seseorang individu itu.Tapi, sebaik-baik senyum adalah senyuman yang tidak memperlihatkan gigi sebagaimana senyuman Rasulullah S.A.W.
Namun begitu, aku tetap merasa pelik dengan sesetengah orang yang berat untuk melihat senyuman mereka. Adakah akan terhakis bilangan harta mereka bila mereka menguntum senyum? Ada antara mereka yang pernah makan semeja denganku. Ada juga yang pernah berbual semasa bersama menghisap rokok. Paling kurang pun ada antara mereka yang saling berurusan dalam hal-hal pekerjaan diwaktu bekerja. Yang menjadi kepelikkan aku, mengapa mereka seperti tidak menghiraukan kehadiran kita pada waktu-waktu yang lain ketika berselisih?Aku pernah mendengar kata orang tua-tua, jika kita kedekut dengan senyuman, kita akan kurang kawan. Bila mengingati kata-kata itu, aku segera melihat keadaan mereka tadi. Ya benar, mereka memang dikalangan orang-orang yang tidak mempunyai ramai kawan rapat. Mereka hidup dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka jenis orang-orang yang walau tak buat kesalahan pun, orang tetap tak menyenangi mereka. Mungkin boleh dikategori sebagai orang yang sombong dengan senyuman. Dan mungkin, ada golongan-golongan tertentu sahaja yang layak untuk mendapat senyuman dari mereka.Aku pun kembali memuhasabahkan diri.
Ramaikah kawan aku? Cukupkah aku senyum pada kenalan-kenalan aku pada hari ini?
Adakah aku ada membuat orang terasa hati semasa berselisih tadi?
Atau adakah aku memilih-milih orang untuk menguntum senyuman pada hari ini? Semoga aku jauh dari perbuatan sebegini dan semoga aku akan mampu melihat senyuman mereka di lain kali biar sama-sama merasa nikmatnya sebuah senyuman.

Tuesday, June 15, 2010

Do You?

Do you feel me loving you
Do you feel me touching you
Do you feel me wanting you
Do you feel me honestly loving you
But i do have this fear
Fear for loving you
Fear for wanting you
Fear for lossing you
Let me love you the way i do
Let me love you just the way you are
Let me love you where ever you might
And let me love you for the rest of you
Do you feel me loving you?
Do you feel me so close in your heart?
Do you feel me missing you so much?
Do you feel me loving you honestly?
This is what i got left
The only things and feelings that i had for you
This is the only thing that i wanted to
And please dont take it away from me.
Do you feel me loving you?And yes i really do!