Friday, March 26, 2010

saja je buat gempak..


moga kasih kita mekar

cintamu mekar dihatiku
hanya dirimu yang ku kasihi
hanya dirimu yang ku rindui
moga cinta kita kan harum mewangi
seperti haruman kasturi disyurgawi..

Monday, March 22, 2010

penat..

penat..
penat sangat hari ini..
sakit seluruh badan..
rasa macam nak menangis jer menahan kesakitan ini.

Friday, March 19, 2010

keindahan rindu

selalu setia dan menantimu
selalu sayang dan mencinta dirimu
selalu rindu dan menanti dirimu
bayanganmu melintas
menghiasi kalbu dan batinku
menyayat jiwa dan raga
bertaburan di langit hatiku.

bila rindu mengetuk hati

sukarkan bila kita mula merindui insan yang jauh dari pandangan mata..hanya ada, sebuah sms ringkas yang mengucapkan selamat pagi dan bertanyakan kesihatan pada diri..tak pernah rasa sepi macam ni..tapi tiga empat hari ini begitu terasa sunyi tanpanya..agaknya, apa khabar dirinya disana?ku harap dirinya sentiasa dilindungi dan dipelihara ALLAH taala..
aku disini hanya mampu mendoakan dirinya..siapalah aku disisi TUHAN selain hambaNYA yang sering meluahkan harapan dan membicarakan doa untuk setiap insan yang aku kasihi..aku cinta padanya..dan aku ingin sentiasa ada disisinya..menemani dan menjaga dirinya dengan kasih sayangku..
hari ini, aku nak beritahu pada diriku, yang aku teramat merinduinya..menggenggam loket S pemberiannya menjadikan aku kuat..namun dalam seketika, aku menjadi rindu yang teramat padanya..YA TUHANKU, berikanlah aku kesempatan untuk menabahkan hatiku..tanpanya aku boleh jadi gila..tanpa dirinya, aku rasa sepi itu duniaku..namun aku tahu, ENGKAU ada disisikku untuk menyisihkan segala rasa ini..
tanpa dirinya, aku tiada sesiapa tetapi aku tetap kuatkan hati dan perasaanku..aku tidak mahu kerana cinta ini, aku menjadi lemah dan selemah-lemahnya..aku ingin menjadi kekuatannya..aku ingin menjadi pendampingnya..
rindu yang amat padanya namun ku tahu aku perlu menyimpan seluruh rindu ini dengan tabah dan tenang..jangan terlalu mengikut perasaan hingga aku sendiri merasa kesakitannya..andai aku diberi peluang, ingin sekali aku membina rumah impianku..namun itu hanya cita-cita dan harapan..aku hanya manusia biasa yang sering membina rumah impian dalam mimpiku..namun ku harap rumah impianku itu hanya didiami aku dengan dirinya dan bukannya bersama orang lain..itu janjiku pada diriku..

Thursday, March 18, 2010

tenangkan diri sebelum membuat keputusan

Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?
Pernah pada suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasih beliau. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.
Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan kekasihnya.
Lantas segera saya menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mahu mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.
Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.
Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya. Dan setelah beliau berehat sebentar dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang tersayang.
Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, beremosi ataupun fikiran terganggu. Berikan diri kita masa untuk bertenang terlebih dahulu. Biarkan diri dan minda kita berehat sebelum kita membuat sebarang keputusan.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan mendukacitakan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa hadapan.
dipetik dari tentangcinta.com

resah

saat hatiku dilanda resah
hanya sebuah cemeti yang ada ditanganku
ianya cemeti ketabahan
cemeti kesabaran
yang telah melilit dihatiku selama ini
tika jiwaku dilanda sunyi
aku miliki peti abadi
ianya peti kenangan yang tak pernah lari
jika aku diburu dendam benci
aku berpaling mencari ketenangan diri
ku sujudkan diri pada ILLAHI
agar terhapus benci yang membelenggu diri
kemanakah hilangnya peri bahagia
dimanakah perginya sutera damai
yang sering menjadi pengubatku di sini
resah ini mula mencabar hati
namun aku cuba berdiri lagi
takkan ku biarkan diri disulami benci
biarlah aku menagih semangat
untuk aku meneruskan perjuangan

aku bukan..

aku bukan penulis
yang bisa menulis dengan kepalsuan
aku juga bukan penyajak
yang bisa menyemarakkan rasa cinta
untuk si pendengarnya
aku bukan penyair
yang bisa menenangkan pendengar dengan kata-kata pujangga
aku sekadar menulis
untuk menenangkan diri
untuk menjadi lebih berani
untuk hadapi dunia ini
aku bukan penilik nasib
yang bisa ketahui takdir hidup
aku juga bukan pemerhati nasib
yang bisa menterjemahkan erti hidup
aku juga bukan pemuja nasib
yang bisa memberitahu takdir hidup
namun aku cuma hambaNYA
yang hidup dengan cintaNYA
yang cuba mencapai yang terbaik dalam takdirnya
dalam jati diri
ada nada suka dan duka
kerana itu mematangkan diri..

andai

andai aku ada disitu
sudikah kau hampiriku
mengenggam kembali jemariku
tanpa melepaskannya
andai aku disitu
sudikah kau berjanji denganku
tidak akan tinggalkan aku
walau apa jua pun keadaanku
andai aku ada disitu
sudikah kau menemaniku
yang dihimpit kesepian yang datang tiba-tiba
andai aku ada disitu
sudikah kau menghulurkan segelas air untukku
dan katakan padaku
jangan kau bimbang..aku ada disisimu..menemanimu..
aku akan terus disisimu..

sambut tanganku..

Kuhulurkan tangan ku ini
Sebagai tanda perdamaian
Kuluaskan pintu hati ku tanda kasih
Lembutkanlah hati mu sayang
Menerima kemesraan
Jangan dibiarkan
Kemarau kasih berpanjangan

dalam diam

dalam diam
aku membilang waktu
mencari titik kehidupan
yang indah itu sementara
ataupun kekal selamanya
saat meniti usia
ada suka duka yang menghimpit
namun dalam tegar
aku tidak pernah menyalahi takdir
suka duka mengajar aku
sebuah kehidupan
erti ketabahan
semangat kesabaran
dan juga perjuangan
masihkah ada waktu untuk aku
mengubati segala kegagalan silam
masihkah ada ruang untuk aku
menyembuhkan segala kekecewaan
aku, kau, dia dan mereka
semua serupa
tidak pernah lari dari persoalan kehidupan
cuma yang membedakan
ketegaran kita menghadapi cubaan
ujian demi ujian mematangkan kita
selagi terdaya kita melangkah
dalam diam
aku cuba mengumpul kekuatan
menyimpul kekuatan
agar aku lebih tegar hadapi pancaroba..

I JUST CAN'T SMILE WITHOUT YOU

You know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anythingYou see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without youYou came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away
And now you know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when your sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile
Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I’m finding it hard leaving your love behind me
And you see I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel glad when you’re glad
I feel sad when you’re sad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you

duniaku..

tiba-tiba..
hati berpuitis..bukan mudah untuk ku lakari apa ku rasakan..memang aku suka berpuisi..menulis karangan cerita ataupun ukiran sajak cinta..namun dalam diam aku bertanya pada diri
"apakah istimewanya puisi dalam hidupku?
apakah maknanya puisi dalam hidupku?"
namun aku temui SATU JAWAPAN
puisi dan aku tidak mungkin terpisah
puisi dan aku tidak akan terlerai..
kerana disitu
aku bisa bercerita
tentang hati
tentang impian
tentang hasrat
mungkin aku tak bisa menjadi pemuisi terhebat
mungkin juga aku tak bisa menjadi penyajak tersohor
namun ia cukup mengirangkan hati
kerana aku bisa mencabik kehidupan dalam perkataan
sukarnya untuk menafsir erti kehidupan
sukarnya untuk menentukan takrif kehidupan
namun yang pasti
selagi jasad dan nyawa bersatu
kehidupan akan menjadi erti

senyumlah

senyumlah..
senyuman itu penawar kala duka..
senyuman itu penawar kala sepi..
senyuman itu penawar kala lara..
senyuman itu PENYERI hidup..
senyuman itu PENYERI bibir..
senyuman itu PENYERI BAHAGIA..
Senyumlah..
kerana senyuman itu
titian kebahagiaan..
titian kemesraan..
titian kedamaian..
Senyumlah..
kerana senyuman itu datang dari hati bukan paksaan..

mentari..

sinaran mentari
masih terlindung dibalik awan
ku masih menanti
walaupun hatiku dilitupi cuaca mendung
dimanakah mentari
sudikah kau temani
setelah aku lalui
rintikan hujan dihari-hari sepi
mentari pagi muncullah kamu
memercikkan cahaya tenang untuk diriku
jangan biarkan aku hanyut dalam kegelapan..