Friday, March 19, 2010

bila rindu mengetuk hati

sukarkan bila kita mula merindui insan yang jauh dari pandangan mata..hanya ada, sebuah sms ringkas yang mengucapkan selamat pagi dan bertanyakan kesihatan pada diri..tak pernah rasa sepi macam ni..tapi tiga empat hari ini begitu terasa sunyi tanpanya..agaknya, apa khabar dirinya disana?ku harap dirinya sentiasa dilindungi dan dipelihara ALLAH taala..
aku disini hanya mampu mendoakan dirinya..siapalah aku disisi TUHAN selain hambaNYA yang sering meluahkan harapan dan membicarakan doa untuk setiap insan yang aku kasihi..aku cinta padanya..dan aku ingin sentiasa ada disisinya..menemani dan menjaga dirinya dengan kasih sayangku..
hari ini, aku nak beritahu pada diriku, yang aku teramat merinduinya..menggenggam loket S pemberiannya menjadikan aku kuat..namun dalam seketika, aku menjadi rindu yang teramat padanya..YA TUHANKU, berikanlah aku kesempatan untuk menabahkan hatiku..tanpanya aku boleh jadi gila..tanpa dirinya, aku rasa sepi itu duniaku..namun aku tahu, ENGKAU ada disisikku untuk menyisihkan segala rasa ini..
tanpa dirinya, aku tiada sesiapa tetapi aku tetap kuatkan hati dan perasaanku..aku tidak mahu kerana cinta ini, aku menjadi lemah dan selemah-lemahnya..aku ingin menjadi kekuatannya..aku ingin menjadi pendampingnya..
rindu yang amat padanya namun ku tahu aku perlu menyimpan seluruh rindu ini dengan tabah dan tenang..jangan terlalu mengikut perasaan hingga aku sendiri merasa kesakitannya..andai aku diberi peluang, ingin sekali aku membina rumah impianku..namun itu hanya cita-cita dan harapan..aku hanya manusia biasa yang sering membina rumah impian dalam mimpiku..namun ku harap rumah impianku itu hanya didiami aku dengan dirinya dan bukannya bersama orang lain..itu janjiku pada diriku..

No comments:

Post a Comment