kalau kita tengok surat khabar sekarang, tak kiralah di Berita HArian, Utusan, The Star, News Strait Times, Metro dan apa-apa lagi suratkhabar, sana sini sibuk membicarakan tentang pembuangan anak..anak dibuang di tepi semak, dijumpai di tepi sungai, ada yang meletak dihadapan surau( masih boleh dimaafkan lagi kerana diletakkan di tempat yang bersih dan dikunjungi orang ramai), ada yang tangannya digonggong anjing dan paling zalim mayat bayi dijumpai didalam balang gula-gula..YA ALLAH, apa nak jadi dengan wanita yang bergelar ibu sekarang?
Tidak adakah sekelumit rasa sayang pada anak itu walaupun ianya bukan dari benih yang halal..ianya dilakukan dari sumbang mahram ataupun hhubungan zina dengan pasangan..tapi tak terdetikkah dihati mereka akan rasa sayang akan anak itu..susah payah mengandungkan anak itu dari segumpal darah, menjadi janin dan membesar dan membesar menjadi seorang bayi..tiba-tiba dengan mudah membuangnya selepas melahirkan..apakah dosa anak itu sedangkan dirinya yang berdosa..
aku tidak layak untuk menghukumi mereka atas perbuatan mereka..namun aku percaya, setiap kelakuan dan tindakan mereka berpunca dari sikap mereka sendiri..bayangkan di Malaysia saja, anak yang dilahirkan tanpa bapa sudah mencecah 20 ribu lebih..apa nak jadi dengan anak bangsa Malaysia??Apakah tiada lagi keinsafan mereka tentang keaiban yang mereka lakukan..tidak adakah rasa bersalah mereka dengan tiap perbuatan zina mereka..
apakah puncanya??adakah dari sebab kealpaan mereka akan hukum yang terkandung dalam ajaran agama..sedangkan disetiap cabang agama yang ada didunia ini, menghalang dan menghukumi zina itu adalah dosa..agama islam sendiri melarang sekeras-kerasnya..sebab itulah, Islam melarang lelaki dan perempuan bercampur gaul tanpa tiada kebatasan kerana ia menghampiri zina..
adakah ia juga disebabkan keseronokan dan kesedapan yang mereka miliki melakukan hubungan itu??emm..itulah manusia, yang tidak pernah lari dari nafsu dan keseronokan..apa yang dilarang, itulah yang menjadi kegemaran..
aku sedih melihat anak-anak kecil yang tidak bermaya dibuang begitu saja..apa silap mereka??kalau mereka dididik sempurna, aku yakin anak itu menjadi lebih baik dan mampu menjadi anak dan bangsa yang lebih bertanggung jawab..namun aku kesali mereka membuang anak-anak itu..malahan paling mengecewakan ada diantara mereka berulang kali melakukan perkara yang sama..emmm..
sedarlah anak bangsa, kalian adalah tunggak bangsa dan negara..jika kalian sendiri menjatuhkan maruah bangsa, siapa lagi akan mempertahankan hak bangsa..malahan siapa yang akan menjaga MARUAH diri kalian sendiri??fikirkanlah..