kau lukai hatiku dahulu
bila kau memilih dia menjadi isterimu
kau lontarkan cintaku jauh-jauh
kerana mahu menjadi yang terbaik dihadapan ibumu
kau calari hatiku
yang bertatih mencintaimu
dalam diam
kau tinggalkan kesan dihatiku
hingga aku benci dengan dirimu
bertahun aku cuba melupakanmu
dan aku mampu melupakanmu dengan kepayahanku
ku kambus semua kenanganku bersamamu
kerana ku hanya miliki kesedihan dan kekecewaan bersamamu
pesanmu disuatu detik itu;
carilah kebahagiaanmu..lupakan aku..carilah pengganti aku..
ingin saja aku katakan padamu
aku tidak pernah ingati kamu..
dan aku tidak hairan dengan kekecewaan ini lagi
namun lidahku terkelu
aku tidak mampu melafazkannya
kerana dihatiku mungkin berbekas luka darimu
hari ini
entah kenapa aku mengingatimu
walaupun hampir 9 tahun aku berjaya lupakanmu
mungkin kerana hari ini hari yang pernah menemukan kita
hari yang pernah membuatku tersenyum dengan sapaanmu
percayalah
kau kini tiada dihatiku lagi
hatiku sudah ada insan yang menawan hati
kau sudah menjadi sejarah
dan akan terus kekal di kotak hatiku yang tersimpan luka
kini aku menggapai bahagia
dengan insan yang ku cintai
doakan aku dan dia bahagia
dan akan dicantumkan dengan wangian cinta suci..
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment