Friday, April 2, 2010

pesanan seorang anak

ibu
janganlah kau lepaskan aku dalam rangkulanmu
aku masih kesejukan..masih ketakutan
untuk melihat dunia yang besar ini..
kau lindungilah aku ibu
kau pelukilah aku tika aku menangis
agar aku bisa damai dalam pelukanmu
tanganku ini masih lemah untuk menongkat dunia
suaraku hanya suara tangisan
yang kerap merengek untuk meminta susu atau menukar lampin
dengan cahaya kasihmu
aku berani mengharungi dunia yang penuh dosa ini
ibu
sebelum kau lahirkan aku
fikirkanlah nasib diriku jika kau tidak mengendahkanku
kau usapilah kembali hubunganmu dengan lelaki itu
agar aku tidak perlu lahir ke dunia ini dengan cacian
ataupun paling sengsara kau lemparkan aku disemak atau dibunuh seperti anjing
andai aku anakmu yang suci
tentu kau tidak akan melakukan sebegini
tentu aku ditatang
tentu aku dibelai
malahan aku dibuai-buai dengan kebahagiaan
terima kasih ibu kerana kau membenarkan aku melihat dunia
namun jangan pula kau memusnahkan harapanku
untuk melihat dunia bersamamu...

No comments:

Post a Comment