Friday, April 2, 2010

aku wanita biasa

aku wanita biasa
yang terbiasa dengan tangisan
menangis kegembiraan
menangis kebahagiaan
menangis kesedihan
menangis kepiluan
aku wanita biasa yang kadangkala
dibiuskan dengan tangisan
mencari kedamaian dan ketenangan
walaupun tangisan bukan jalan penyelesaian
aku hanya wanita biasa
yang mengharapkan pengertian
dari seorang perempuan yang melahirkan
yang memahami kehendak dan harapan
anak kecilnya yang sudah bergelar wanita
biarlah anak ini mencari kebahagiaan
tanpa ada paksaan atau desakan
pada saudaraku
ku himpunkan sokongan kalian
untuk aku menerajui kehidupan
sesekali sokongilah aku
dengan setiap pendirian yang kulontarkan
fahamilah diriku yang cuba membina kehidupan
aku wanita biasa
yang adakalanya disulami tangisan kerinduan
terhadap insan yang ku panggil sandaran
berilah aku keyakinan berilah aku kekuatan
agar aku bisa melawan kepedihan kerinduan yang menjalar
aku hanya wanita biasa
yang adakalanya bersiram tangisan
bukan kerana gagal atau kecewa
tetapi kerana bahagia yang melingkari kehidupan
salahkah aku menitiskan air mata
sedangkan air mata itu hanya luahan perasaan..

No comments:

Post a Comment